Resah Penghuni ‘Tambahan’ Obses Main Suis, Wanita Dedah Bil Elektrik Cecah Ratusan Tiap Bulan
Perkara aneh, misteri seperti penampakkan makhluk aneh bukan lagi perkara yang luar biasa. Namun, jelmaan-jelmaan ini yang sering menonjolkan diri dalam pelbagai rupa yang menyeramkan dan menakutkan sudah pasti membuatkan kita sebagai manusia berasa ngeri.
Sebelum ini, Siakap Keli ada kongsikan kisah seram dimana terdapat individu yang diganggu oleh pontianak berambut panjang dan seorang lelaki yang di sergah oleh atuk tua serta kisah-kisah lain yang menyeramkan berlaku sebelum ini.
Kisah-kisah seram tetap menjadi pilihan untuk dijadikan bahan bacaan dan tontonan walaupun diselubungi perasaan takut dan merinding, tetap juga ada keinginan untuk teruskan hingga ke penghujung cerita. Tidak kiralah kisah nyata atau rekaan semata-mata tetap akan buat bulu roma kita meremang.
Disamping itu, tidak kira dari mana sumber kisah seram itu datang sama ada dari dalam negara mahupun dari negara luar seperti Indonesia dan juga Thailand, asal namanya kisah siram pasti akan menarik perhatian orang ramai untuk tonton dan baca hingga ke penghujung untuk mengetahui penamatnya.
Terbaru, meneroka laman Twitter milik Nabila Ghaffar, dia berkongsi satu kisah seram mengenai ‘penghuni tambahan’ yang dipercayai tinggal bersamanya. Namun anehnya, penghuni misteri itu obses bermain dengan suis-suis yang ada hingga menyebabkan bil elektrik melambung tinggi.
“Saya patut panggil seseorang datang dan selamatkan rumah ni, ‘penghuni tambahan’ dalam rumah ni obses main suis. Bangun pagi, saya tengok lampu dan kipas di ruang makan terbuka.
“Patutlah bil api rumah ni beratus-ratus setiap bulan walaupun saya jarang ada kat rumah,” tulisnya di laman Twitter tersebut pada Rabu, 5 Oktober 2022 yang lalu.
Menerusi ruangan balas pula, menurutnya, pernah suatu hari apabila pulang daripada tempat kerja, dia mendapati pendingin hawa di dalam biliknya terpasang, sedangkan dia memang yakin sudah mematikan perlatan tersebut, termasuk kemudahan elektrik yang lain sebelum keluar rumah.
BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China
Perkongsian tersebut menarik minat pembaca yang berkongsi rasa seram apabila membacanya. Dalam pada itu, ada juga yang mendedahkan mereka atau kenalan rapat pernah berdepan dengan situasi yang sama.
Sumber: Nabila Ghaffar