Ekoran kebenaran rentas negeri bermula hari ini yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri semalam, orang ramai dilihat mula membeli tiket bas bagi pulang ke kampung.
Melalui tinjauan oleh wartawan Bernama, Hazim, Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dilihat meriah dengan orang ramai yang mula mengusung beg dan juga membeli tiket perjalanan.
Bagi individu yang berniat untuk pulang ke kampung halaman tidak perlu lagi mendapatkan surat kebenaran polis bagi membolehkan mereka untuk merentas negeri. Individu yang cukup lengkap vaksinasi 2 dos dan telah lengkap 2 minggu selepas vaksinasi 2 dos telah dibenarkan untuk merentas negeri bermula hari ini, 11 Oktober.


Sumber: BERNAMA