Remaja Lembam Tanggung Derita, Dirogol 9 Lelaki Warga Emas Sampai Hamil Tiga Bulan
Seorang remaja lembam berusia 15 tahun yang berasal dari Kecamatan Cilongok, Jawa Tengah, Indonesia dilaporkan telah dirogol oleh sembilan lelaki sejak setahun lalu, lapor Kompas.com
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polres Banyuman, Kompol Agus Supriadi, sebahagian besar daripada suspek yang merogolnya merupakan warga emas dengan salah seorang daripadanya berusia 75 tahun.
Suspek adalah mereka yang berusia antara 41 hingga 75 tahun dan salah seorang pelaku masih bebas.
“Jumlah suspek sembilan orang, seorang daripada penjenayah masih bebas. Suspek itu ada yang sudah berumur, namun kita tetap memprosesnya dan kesemua suspek adalah jiran mangsa,” kata Kompol Agus.
Agus berkata, kejadian itu berlaku selama setahun iaitu dari tahun 2021 hingga pertengahan Julai 2022.
Perbuatan terkutuk itu dilakukan suspek di tempat dan masa yang berbeza.
Pada mulanya, ibu bapa mangsa tidak mengesyaki apa-apa ketika anak mereka dibawa keluar dari rumah oleh suspek yang didakwa kerana mereka mengenali kesemua suspek tersebut.
“Ibu bapanya ada di rumah, suspek kerap membawa mangsa keluar dari rumah,” kata Agus.
Untuk mengelak daripada terbongkar, suspek dikatakan memancing mangsa dengan sejumlah wang.
Kes itu terbongkar selepas ibu bapa mangsa berasa hairan berkenaan kitaran haid anak mereka yang tak kunjung tiba.
Mangsa kemudiannya memberitahu ibu bapanya bahawa dia telah dirogol oleh suspek.
Ibu mangsa kemudian terus merujuknya ke bidan untuk pemeriksaan sebelum didapati telah hamil.
“Didapati dia tidak datang haid, ibu bapa mangsa memeriksa mangsa dengan bidan dan mendapati telah hamil tiga bulan,” jelas Agus.
Mendengar cerita itu, ibu bapa mangsa kemudian segera melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
Berdasarkan laporan itu, anggota polis berjaya menahan lapan suspek pada Isnin lalu.
Sumber: Kompas.com
Baca: “Rugi Ni Bang,” Penuh Satu Troli, Tiba-tiba “Cashier” Mydin Kata Tak Baloi Bayar Macam Ni