Gambar via CNN Indonesia

Remaja Dilapor Ditembak Sehingga Maut Gara-gara Didakwa Pasang Lagu Kuat Sangat

Nabila

Seorang remaja berkulit hitam di Oregon, Amerika Syarikat maut ditembak oleh seorang lelaki di tempat kereta.

Menurut polis lelaki yang bernama Robert Paul Keegan, 47 menembak mangsa Aidan Ellison di Stratford Inn, Ashland, Oregon kerana mangsa memainkan muzik yang sangat kuat.

Ketua polis Ashland, Tighe O’Meara mengatakan mereka berdua sempat bertengkar sebelum Keegan nekad untuk menembak menggunakan pistol. Ellison dinyatakan maut di tempat kejadian setelah sebutir peluru berjaya ditembak tepat pada dadanya.

“Kejadian tersebut disalahkan sepenuhnya pada Robert Keegan, dia 100 peratus bertanggungjawab untuk itu. Dialah yang memilih untuk membawa senjata ke dalam situasi ini,” kata O’Meara.

“Saya memahami bahwa ada ketegangan masalah kekerasan terhadap orang kulit hitam di Amerika Syarikat,” ucapnya.

Keegan didakwa atas empat dakwaan, termasuk tuduhan pembunuhan tingkat dua, pembunuhan tingkat pertama, memiliki senjata api ilegal, dan membahayakan orang lain. Dia mengaku tidak bersalah atas empat dakwaan. Saat ini dia ditahan di penjara wilayah Jackson tanpa jaminan dan akan kembali menghadapi sidang pada 21 Februari 2021.

Sumber: CNN Indonesia