remaja tidur dalam khemah
Kredit: Guinness World Records

Remaja Cipta Rekod Tidur Dalam Khemah Selama Tiga Tahun

Nurhanis

Remaja Cipta Rekod Tidur Dalam Khemah Selama Tiga Tahun

Seorang remaja di United Kingdom mencipta rekod dunia dengan hanya tidur di dalam khemah di halaman rumahnya selama kira-kira tiga tahun demi mengumpul dana kebajikan.

Lapor NDTV, remaja lelaki bernama Max Woosey itu berjaya mengumpul dana bantuan lebih daripada RM3.7 juta untuk rumah kebajikan, Hospice Devon Utara menurut Rekod Dunia Guinness.

Woosey yang juga dikenali sebagai The Boy in the Tent itu mendapat ilham selepas rakan keluarganya meninggal dunia akibat kanser.

Woosey berusia 19 ketika dia memulakan projek Boy In The Tent di halaman rumah keluarganya di Devon, England pada 2020.

Difahamkan, dia telah berkhemah dan menghabiskan setiap malamnya di tempat itu.

Permulaan projek Boy In The Tent

Kredit: Gallo

Woosey yang kini berusia 13 tahun memaklumkan dia memulakan projek itu bagi mengumpul dana buat rakannya Rick Abbot pada Februari 2020.

Ia dimulakan sebelum lelaki itu meninggal dunia akibat kanser pada Februari 2020.

Daripada projek tersebut dia mendapat nama samaran The Boy in the Tent.

Keluarga Woosey membantu Rick pada bulan-bulan terakhirnya dan dalam masa yang sama lelaki itu juga mendapat penjagaan daripada Hospice North Devon.

Walau bagaimanapun, keadaannya semakin merosot dan dia meninggal dunia biarpun orang ramai berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkannya.

“Sebelum jiran saya meninggal dunia akibat kanser, dia memberi saya khemah dan memberitahu saya untuk mulakan pengembaraan baharu.

“Hospice North Devon menjaganya dengan baik sehingga saya ingin melakukan sesuatu untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemu bual Rekod Dunia Guinness.

BACA: “Tak Sempat Nak Hadam Perasaan,” Lelaki Luah Rasa Pilu Ibu Tiba-Tiba Hidap Kanser

Alami kesukaran semasa berkhemah

Woosey mengalami kesukaran selama bertahun-tahun ketika melakukan projek tersebut, daripada khemah yang runtuh kepada khemah yang kukul semasa ribut dan bersalji melanda.

“Suatu ketika khemah saya runtuh ditiup angin dan hujan kira-kira jam 10 malam dan kami terpaksa memasang yang baharu,” katanya.

Walaupun hanya kanak-kanak, Woosey menikmati perjalanannya yang unik itu.

Katanya, biarpun mengalami beberapa pasang surut dan banyak insiden berlaku melibatkan cuaca, ia tetap pengalaman indah.

“Saya telah mengalami tiga tahun terbaik dalam hidup saya dan telah bertemu dengan beberapa orang yang luar biasa serta mempunyai pengalaman yang baik.

“Tidak sangka ia dapat perhatian ramai tetapi saya harap ia membuatkan orang ramai melihat bahawa kanak-kanak mampu melakukan lebih daripada yang orang fikirkan.

“Jika saya dapat bertemu dengan diri saya yang lebih muda, saya akan menasihati untuk lebih percaya kepada diri sendiri dan nikmati setiap saat dalam kehidupan,” jelasnya.

Remaja tersebut akan berhenti melakukan projek itu pada April 2023 dan kembali kepada kehidupan hariannya.

Sumber: NDTV