
Remaja 17 Tahun pecah rekod baru, lakukan penerbangan solo keliling dunia
Seorang juruterbang muda mencipta rekod apabila berjala melaksanakan penerbangan solo mengelilingi dunia, sekaligus muncul sebagai juruterbang paling muda yang berbuat demikian.
Mack Rutherford yang menyambut kelahiran ke-17 ketika dalam penerbangannya juga muncul sebagai antara juruterbang termuda mengelilingi dunia menggunakan pesawat ringan. Misi tersebut bermula kira-kira lima bulan lalu dan tamat apabila Mack mendarat di Bulgaria, Rabu lepas.
Kejayaan itu sekaligus membolehkan Mack diberi pengiktirafan sebagai salah seorang pemegang rekod dunia Guiness. Beliau berjaya memecahkan rekod juruterbang termuda mengelilingi dunia secara solo yang dipegang oleh Travis Ludlow yang berumur 18 tahun ketika menyelesaikan misi itu pada tahun lepas.
Dalam misinya itu, Mack terbang melintas sebanyak 52 buah negara di lima benua. Untuk memecahkan “Guinness World Records”, dia melalui kawasan khatulistiwa sebanyak dua kali.
Dilahirkan dalam keluarga juruterbang, Mack memperoleh lesen penerbangan pada 2020, sekaligus muncul sebagai juruterbang termuda di dunia pada usia masih 15 tahun ketika itu. Kakaknya, Zara, 19, juga berjaya menamatkan penerbangan solo global Januari lalu.
Sumber: NBCNews