Seorang remaja yang berumur 14 tahun telah ditahan oleh pihak polis kerana memandu kereta milik ibunya pada pukul 3 pagi hari ahad yang lalu.
Menurut polis, remaja lelaki tersebut pada awalnya dijangkakan tidak akan memberhentikan kenderaannya apabila dia dikesan oleh sebuah kereta polis trafik yang sedang meronda di kawasan tersebut.
Sejurus selepas itu, kereta tersebut bertindak memberhentikan kenderaannya dan menurut polis, pemandu kereta tersebut telah keluar untuk bersemuka dengan polis tersebut.
Kemudiannya, pemandu tersebut telah muncul dan memberitahu tahu pada pihak polis bahawa dia telah memandu secara senyap kereta milik emaknya itu, kata polis yang menahannya itu.
Gambar: Daily MailWalaupun begitu, identiti remaja tersebut tidak didedahkan, dan kereta tersebut terus diserahkan kepada emaknya.
Tiada maklumat lanjut telah didedahkan dan tiada kemalangan ataupun kecederaan dilaporkan sepanjang kejadian itu.
Sumber: Daily Mail