Gara-gara gadis yang diminati secara diam sudah mempunyai kekasih, seorang remaja lelaki ditemui maut didakwa menggantungkan dirinya, menurut pendengaran inkues.
Mangsa, Harry Storey, 13, pada mulaya memberitahu rakan-rakannya menerusi Whatsapp bahawa dia mahu membunuh diri selepas mengetahui perkara tersebut.
Namun, rakan-rakan mangsa menganggap ia bukannya sesuatu yang serius kerana menyangka dia sekadar bergurau dengan mereka.
Menerusi pendengaran inkues, mangsa turut didapati menonton program televisyen di mana terdapat sedutan rakaman seorang pelakon wanita menggantung dirinya dan kemungkinan dia cuba meniru aksi yang dilihat itu.
Seorang penyiasat memberitahu inkues bahawa Harry sebenarnya tidak berniat untuk mati semasa melakukan perbuatan menggantungkan diri.
Dia seperti ‘mencuba’ dan tidak menyedari betapa cepatnya dia boleh kehilangan nyawa akibat tindakan tersebut.
Mangsa seorang yang aktif bersukan meninggal dunia selepas ditemui menggantung diri menggunakan tali leher bapanya.
Penemuan mangsa memberi kejutan yang besar kepada ahli keluarganya yang menyifatkan bahawa mangsa merupakan seorang remaja normal dan ceria sepanjang hidup.
Sumber : Mirror UK