Rome, 5 Mac- Itali telah menutup semua sekolah dan universiti tempatan sehingga 15 Mac ini bagi mengawal penularan COVID-19.
Hal ini susulan jumlah angka kematian melibatkan virus itu meningkat kepada 107 orang baru-baru ini.
Semalam sahaja, Itali melaporkan 28 kematian sekaligus mencatatkan jumlah tertinggi kematian dalam tempoh sehari setakat ini.
Sebanyak 3,000 kes dicatatkan di sana, menjadikannya negara paling teruk dilanda COVID-19 di Eropah.
Susulan itu, penduduk tempatan dinasihatkan agar menghindari tempat awam serta berhenti bersalaman atau melagakan pipi yang menjadi budaya sebelum ini.
Malah, kerajaan turut menasihatkan individu berusia 75 ke atas agar serta mereka yang mempunyai komplikasi lain agar menetap di dalam bangunan bagi menghindari jangkitan.
Sumber: Channel News Asia