kiky kucing najib
Kredit: Najib Razak
Tiada Kategori

“Rehatlah Kiky,” Kucing Najib Razak Sudah Tiada 

Sofea

“Rehatlah Kiky,” Kucing Najib Razak Sudah Tiada

Kucing kesayangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang dinamakan Kiky sudah tiada.

Berita itu dimaklumkan di Facebook milik Najib Razak pada hari ini.

“Kiky dah tak ada, terima kasih Ya Allah aturkan Kiky dalam hidup saya selama ini. Sangat baik dan manja dia.

“Tiap-tiap hari dia tunggu balik dari kerja di depan pintu, rehatlah Kiky,” kata kapsyen di kiriman itu.

BACA: Najib Dibebaskan Ogos 2028, Denda Dikurangkan Kepada RM50 Juta

Kucing berwarna oren dan putih itu mencuri tumpuan orang ramai sebelum ini kerana Najib pernah beberapa kali berkongsi mengenai telatah kucingnya itu.

Malah pada 2010, Najib telah meminta cadangan orang ramai untuk menamakan kucingnya itu.

Najib kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, lapor Bernama.

Pada 2 September 2022, beliau telah memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja.

Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun. Manakala, denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Sumber: Najib Razak

BACA JUGA: Titah Adendum: Kerajaan Hormati Pandangan Semua Pihak