Bermacam-macam cara yang boleh kita ikhtiarkan dalam usaha mencari rezeki untuk menyara anak dan isteri.
Apatah lagi sebagai suami, segala tanggungjawab terletak di bahu kita. Kitalah ayah, suami, ketua, pemimpin, imam dan sebagainya.
Sebelum ini, salah seorang warga group Facebook Suami Masak Apa Hari Ini (SMAHI) berkongsi sedikit perkongsian ringkas tentang jatuh bangun usahanya mencari rezeki.
Dalam sakit, ada ikhtiarnya. Mungkin perkongsian ini boleh menjentik hati kita semua.
Gambar: Char Kuey Teow Waris/SMAHIBukan sebab ambil hati, dah tanggungjawab kita suami.
Semenjak isteri strok empat tahun dulu, saya ambil tugas semua kerja rumah. Akhirnya saya tekad cari rezeki dengan memasak.
Selesai urusan nasi kandaq (kandar), tak tahu nak buat apa dah.
Ada pisang tanduk, kita buat kudap-kudap. Siap takdan buh (letak) dalam Tupperware, habis semua. Kami enam beranak hadap sungguh-sungguh.
Dalam keluarga kami isteri je perempuan. Yang lain semua jantan.
Sahabat SMAHI, doakan saya. Reda atas ketentuan Allah. Saya hentikan rawatan isteri di fisioterapi. Tiada perubahan pada anggota sebelah kirinya.
Saya akan menjadi tukang masak hari-hari.
Gambar: Char Kuey Teow Waris/SMAHI
Gambar: Char Kuey Teoow Waris/SMAHISokongan sahabat-sahabat SMAHI
Berikutan perkongsiannya itu, ramai sahabat-sahabat SMAHI memberi sokongan dan semangat buatnya.
Antara kata-kata positif daripada warga SMAHI.
Antara kata-kata positif daripada warga SMAHI.
Antara kata-kata positif daripada warga SMAHI.
Antara kata-kata positif daripada warga SMAHI.Sumber: Char Kuey Teow Waris