Selepas satu lagi musim penuh aksi di Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025, Red Bull Malaysia (Red Bull), jenama minuman bertenaga nombor satu di negara ini, menganjurkan malam penghargaan eksklusif bagi meraikan prestasi cemerlang pasukan 31 Racing, pasukan Maju Motor Racing, dan pasukan CKJ Racing. Malam penghargaan ini turut menyaksikan pembaharuan rasmi kerjasama Red Bull bersama ketiga-tiga pasukan bagi musim 2026. Pembaharuan ini membuka lembaran baharu yang lebih menarik dalam penglibatan Red Bull di Cub Prix, di samping menegaskan komitmen berterusan jenama tersebut dalam menyokong bakat sukan permotoran tempatan serta menyemarakkan semangat yang memacu sukan ini ke hadapan.
Adelene Tay, Ketua Pemasaran TCP Red Bull Malaysia, berkata, “Musim demi musim, kami melihat sendiri semangat, ketabahan dan keazaman para pelumba yang semakin terserlah. Hal ini mengukuhkan matlamat kami untuk terus komited meraikan semangat perlumbaan motosikal di Malaysia. Kolaborasi ini merupakan inisiatif kami dalam menyokong individu yang membentuk dunia sukan permotoran Malaysia, termasuk para pelumba, kru dan semua yang bekerja di belakang tabir bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Kami berbangga untuk terus bersama-sama mereka, memberikan tenaga bukan sahaja kepada persaingan, tetapi dalam setiap langkah perjalanan perlumbaan mereka.”
Red Bull menyampaikan cenderamata penghargaan kepada pemilik pasukan lumba, iaitu Encik Che Ku Jonaidi, Encik K. Sivanesan dan Encik Yong Yin Hoe, sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan serta dedikasi mereka dalam membangunkan bakat sukan permotoran. Majlis tersebut turut meraikan barisan wira di sebalik tabir iaitu para mekanik, jurutera dan kru sokongan, yang bekerja tanpa henti sepanjang kejuaraan bagi memastikan pasukan sentiasa bersedia untuk berlumba pada setiap pusingan.
Red Bull memperkenalkan Red Bull Zero
Sejajar dengan komitmen untuk menyemarakkan semangat ini, Red Bull memperkenalkan Red Bull Zero, minuman tanpa gula yang memberikan tenaga ikonik Red Bull yang sama tanpa kompromi. Red Bull Zero direka untuk mengekalkan tenaga dan fokus anda menerusi pelbagai gaya hidup, sama ada ketika mengharungi kesibukan hidup, kekal aktif, mahupun mengejar impian. Ditawarkan dalam tin 250ml, Red Bull Zero boleh didapati di pasar raya utama dan kedai serbaneka, dengan harga bermula dari RM3.10 setin.
Dengan musim 2026 yang semakin hampir, Red Bull kekal komited untuk memberi tenaga kepada generasi baharu pelumba Malaysia serta memupuk bakat dalam sukan permotoran negara. Bersama pasukan, kru, dan komuniti, Red Bull bertekad untuk terus memacu ke hadapan, membina asas di mana bakat, ketahanan, serta tenaga terus berkembang maju.