
Raya Nampak Berseri, Ini Tip Pilih Warna Baju Sesuai Dengan Tona Kulit
Pada masa ini, kebanyakan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam sedang menjalani ibadah berpuasa wajib bersempena bulan Ramadan.
Selain berpuasa, ada segelintir daripada kita sudah merancang untuk membeli pakaian untuk menyambut hari Raya Aidilfitri yang bakal menyusul.
Kebiasaannya, ada orang yang menentukan pakaian yang ingin dibeli berdasarkan tema yang ditetapkan oleh keluarga. Ada juga yang membeli pakaian berdasarkan rekaan fesyen yang menjadi tular sejak kebelakangan ini.
Akan tetapi, pernah atau tidak anda terfikir, mengapa ada beberapa warna yang menyebabkan muka anda kelihatan kusam. Ada juga warna pakaian yang boleh membuatkan muka adalah kelihatan cerah dan berseri-seri.
Seorang pengguna TikTok, Tyty Jamal (@tytyjamal_) telah berkongsi tip untuk mengenal pasti warna yang bersesuaian dengan muka anda.
Sebelum itu, anda perlu memakai tudung berwarna putih atau tidak mengenakan sebarang aksesori kepala bagi melihat setiap perbezaan warna-warna yang diletakkan pada muka anda.
Pastikan anda tidak mengenakan sebarang solekan pada wajah dan melakukan sesi ini di tempat yang memiliki pencahayaan yang baik.
Ambil beberapa kain atau selendang dengan warna yang berbeza dan tekapkannya berdekatan dengan muka anda satu persatu.
Jika warna kain atau selendang yang diletakkan itu tidak memberikan sebarang perubahan, malah memberi tumpuan pada cela-cela pada kulit muka anda, warna tersebut bukan warna yang bersesuaian dengan anda.
Akan tetapi, jika warna tersebut menaikkan seri wajah anda dan membuat anda kelihatan lebih cerah, itulah warna yang bersesuaian dengan anda.
Mesti anda terfikir, kita manalah ada banyak pakaian untuk menggambarkan semua warna atas muka bumi ini.
Kemudian, anda kumpulkan warna-warna tadi dan bandingkan dengan palet warna yang tertera di bawah.

Jika banyak warna-warna yang bersesuaian dengan anda berada dalam kumpulan Clear Winter, anda akan lebih menonjol jika mengenakan warna pakaian dalam palet ini.
Namun, jika almari baju anda tidak memiliki kepelbagaian warna pakaian ataupun mengalami masalah untuk menentukan apakah palet warna yang sesuai untuk wajah sendiri, anda boleh merujuk nasihat pakar dengan mengunjungi perunding imej profesional untuk sesi konsultan.
Sumber: tytyjamal_ via X