Ratusan lagu K-Pop popular telah dikeluarkan dari aplikasi Spotify seluruh dunia. Lagu-lagu dari beberapa penyanyi dari Korea Selatan sudah tidak dapat dimainkan antaranya kumpulan IU, Chery Bullet, Gfriend, Monsta X dan Epik High dan beberapa kumpulan lagi.
Hal ini membuatkan peminat lagu-lagu tersebut kecewa dengan tindakan pihak Spotify.
Bagaimanapun, pihak Spotify telah menjelaskan isu ini dan mengatakan bahawa perjanjian perlesenan sudah tamat dengan Kakao M dan berharap isu hanyalah bersifat sementara.
Pihak Spotify berkata mereka berharap agar isu ini bersifat sementara untuk menyelesaikan masalah ini. Hal ini juga telah menyebabkan penggunaan aplikasi ini menurun secara drastik.
Namun, syarikat Korea tersebut didakwa menuduh Spotify enggan memperbaharui perlesanan tersebut. Kakao M merupakan syarikat pengedar muzik Korea Selatan dan bertanggungjawab 37 peratus lagu dipaparkan dalam Carta lagu Terbaik Tahunan bagi tahun 2020 lalu.
Sumber: BBC