Pihak Paralimpik Tokyo 2020 mengesahkan pingat Emas yang diraih oleh Ziyad Zolkefli telah ditarik semula dan diberikan kepada atlet Ukrain, Maksym Koval selepas diprotes.
Penyertaan Ziyad dibatalkan dalam acara lontar peluru lelaki F20 sebentar tadi dan dikategorikan sebagai Did Not Start (DNS). Ziyad diprotes atlet Ukrain yang mengatakan jaguh lontar peluru negara itu lambat memasuki call room sebelum acara dimulai.
Memetik laporan Astro Arena, atlet yang terlambat memasuki call room tidak dibenarkan bertanding sama sekali sebelum saingan dimulai.
Menurut Astro Arena, situasi yang dihadapi Ziyad sangat berbeza apabila atlet Malaysia ini telahpun menamatkan saingan dan telah dinyatakan juara.
Tidak tinggal diam akan hal ini, sekretariat Malaysia di Tokyo membuat bantahan secara rasmi kepada penganjur ekoran penarikan pingat emas Ziyad sebentar tadi.
Berita lanjut menyusul.
Sumber: Team Malaysia, Astro Arena