Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan secara rasmi keputusan 65 kerusi daripada 73 yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah. Keputusan rasmi adalah seperti berikut setakat jam 11.30 malam:
Warisan – 24 kerusi
Perikatan Nasional – 17 kerusi
Barisan Nasional – 14 kerusi
Parti Bersatu Sabah – 6 kerusi
Bebas – 2 kerusi
PKR – 1 kerusi
UPKO – 1 kerusi
Dengan keputusan rasmi ini, Gabungan Rakyat Sabah yang terdiri daripada Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Parti Bersatu Sabah telah memenangi 37 kerusi yang membawa kemenangan dengan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu negeri Sabah.
Sumber: Bernama