
Kayap atau dalam istilah perubatannya dikenali sebagai ‘herpes zoster’. Ianya merupakan sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Jika tidak dirawat dengan segera, kayap boleh merebak dan menyebabkan keadaan menjadi lebih parah.
Seperti kes yang berlaku pada seorang individu yang tampil berkongsi pengalamannya ketika dijangkiti kayap pada bahagian mata. Bukan sahaja dia hilang selera makan, malah turut menderita sakit kepala yang teramat hingga rasanya seperti nazak kerana tak tertahan lagi.
Mujurlah dia cepat mendapatkan rawatan kerana kayap pada bahagian muka bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Jika lambat, komplikasi yang bakal terjadi ialah menjadi buta. Ikuti perkongsian seperti di bawah. Semoga membawa manfaat.
Sumber : AnwarSenyumIkhlas