Pernah tak anda mendengar tentang fakta AEFi atau kesan sampingan yang berlaku selepas menerima imunisasi? Benarkah ia bahaya kepada kita?
Sememangnya topik ini hangat diperkatakan dalam kalangan masyarakat kita sejak penerimaan vaksin untuk mencegah penularan Covid-19 ini. Malah tak kurang juga yang berbalah menegakkan hujah dan pendirian masing-masing.
Jadi, bagi mengelak sebarang kekeliruan berlaku, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan tentang AEFI dan fakta yang betul tentang kesan selepas menerima vaksin ini.
Gambar Sekadar HiasanApa itu AEFI?
AEFI adalah kesan Advers Susulan Imunisasi atau Adverse Events Following Immunisation. Ia merujuk kepada sebarang kesan yang tidak diingini yang dialami selepas menerima vaksin.
Adakah AEFI melibatkan kesan sampingan yang serius?
Kebanyakan AEFI yang dilaporkan adalah ringan dan boleh sembuh dalam masa beberapa hari dengan atau tanpa rawatan.
Contoh-contoh AEFI yang biasa?
Rasa letih, demam, bengkak pada tapak suntikan, sakit kepala, ruam yang gatal dan bengkak pada kelenjar.
Jika saya mengalami AEFI, apa patut saya buat?
Bukan semua penerima vaksin mengalami AEFI. Namun, jika anda mengalami sebarang AEFI atau reaksi alahan yang teruk, dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan berdekatan.
**Maklumat ini disediakan oleh Program Perkhidmatan Farmasi KKM.
Dapatkan maklumat sahih mengenai vaksin dan AEFI daripada pakar kesihatan dan ahli farmasi bertauliah. Daftar untuk vaksin COVID-19 demi kelangsungan hidup bersama.
Sumber: KKM