Gambar Hiasan via Google

Rasa Kepala Berpusing Dan Tak Seimbang Selepas Bangun Tidur, ‘Vertigo’ Mungkin Penyebabnya

Amira

Gejala pening kepala mungkin boleh jadi penanda beberapa gangguan kesihatan, antaranya darah rendah dan vertigo. Vertigo merupakan satu kondisi yang boleh menyebabkan anda berasa tidak seimbang, sakit kepala dan juga loya.

Menurut perkongsian Kementerian Kesihatan, masalah ini boleh berpunca daripada jangkitan ataupun perubahan tekanan di dalam telinga. Ia juga boleh terjadi akibat trauma pada bahagian leher atau kepala selepas berlakunya kemalangan (WebMd, n.d).

Antara simptom vertigo ialah sakit kepala, muntah-muntah, berpeluh, pergerakan mata ke tepi beberapa kali (Nystagmus), rasa kepala berpusing, rasa tidak stabil, rasa bergoyang dan telinga berdesing.

Ia mungkin bersifat sementara, namun jika ia berlarutan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor.

Gambar: KKM

Sumber: KKM, WebMd