Selalu bila sebut tentang ‘Hat-Trick’ mesti orang ingat berkaitan sukan, lebih-lebih lagi bola sepak. Namun hal ini berbeza dengan ‘Hat-Trick’ luar biasa yang terjadi pada seorang wanita dari Florida ini.
Wanita ini telah melahirkan tiga anak perempuan pada hari yang sama dengan jarak 3 tahun, lapor The Independent.
Kristin Lammert, dari Oviedo, Florida tengah, telah melahirkan anak perempuan ketiganya pada tarikh yang sama dengan anak pertama dan keduanya iaitu pada 25 Ogos. Masing-masing mempunyai perbezaan jarak usia sebanyak 3 tahun iaitu pada tahun 2015, 2018, dan 2021.
Lammert mengatakan bahawa dia mengharapkan anak perempuannya yang ketiga itu turut lahir sekitar 25 Ogos. Tetapi anak ketiganya itu mempunyai tarikh lahir lewat dua minggu selepas 25 Ogos. Oleh itu, dia tidak menjangkakan “Rare hat-trick” tersebut.
Namun, disebabkan Covid-19 doktor perlu merawat wanita tersebut dengan lebih rapi dan doktor turut menjangkakan kelahiran anaknya itu mungkin akan berlaku lebih awal dari bulan September.
Pada masa itu, Lammert melihat kalendar dan sudah dapat jangka bahawa dua minggu awal itu akan jatuh pada 25 Ogos.
Mujur hari lahir untuk Sophia dan Giuliana, iaitu dua orang anak perempuan mereka itu telah disambut pada hujung minggu sebelum 25 Ogos. Sejurus selepas itu, Lammert terus dimasukkan ke hospital.
Lammert berkata dia membeli kek hari jadi yang berasingan untuk anak-anaknya
Ibu kepada tiga orang anak itu ingin menjadikannya hari itu istimewa untuk anak perempuannya, walaupun mereka terpaksa berkongsi hari itu.
Sumber: The Independent