
Jika melancong ke luar negara, pasti ramai yang ingin mencuba makanan ‘wajib’ yang menjadi kegemaran rakyat di negara berkenaan. Orang kata dari situlah kita akan merasai keunikan negara itu terutamanya negara Asia yang memang terkenal dengan ‘street food’.
Tapi, jika anda melancong ke Vietnam, mungkin satu hidangan ini sedikit berbeza dan membuatkan ramai dari kita berfikir berkali-kali.
Dikenali sebagai ‘Vietnam’s Roasted Lizard Rice Bowl’, hidangan nasi panas bersama cicak yang digoreng rangup cukup popular di negara tersebut.

Menurut sumber, cicak yang digunakan adalah cicak biasa seperti yang dilihat oleh kita di rumah.
Namun, untuk dijadikan hidangan, cicak dari spesies yang sama ini bukanlah menggunakan cicak liar. Ianya tidak diburu sebaliknya dibela dan dijaga dalam satu kawasan ternakan.

Setelah mencapai usia matang, cicak ini akan disalai dan kemudiannya dijual kepada umum.





Persoalannya, berapa ramai yang sanggup makan?
Sumber : Elite Readers