Gambar hiasan: Halodoc.com

“Rangsang Daya Lawan Jangkitan..,” Ini Sebenarnya Definisi Vaksin Yang Mungkin Ada Belum Tahu

Nurul Nabila

Sebagaimana yang kita sudah maklum, vaksin dijadikan sebagai usaha untuk mencegah penularan wabak virus COVID-19 ketika ini. Baru-baru ini juga, orang ramai di negeri yang tertentu dibenarkan untuk mendaftar vaksin AstraZeneca bagi pusingan kedua secara dalam talian.

Walaupun fungsinya sudah diketahui umum, mungkin ada di kalangan kita yang masih belum memahami erti vaksin dalam kata sebenar.

Justeru, Bernama telah berkongsikan infografik mengenai maksud vaksin menerusi laman Facebook mereka, sebentar tadi yang bersumberkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan ini, dapat diringkaskan bahawa vaksin:

  1. Satu produk yang terhasil daripada sebahagian/seluruh struktur virus atau bakteria yang mati/lemah.

  2. Antigen di dalamnya merangsang daya lawan jangkitan tubuh badan.

  3. Membantu sistem imun dengan melatih antibodi untuk mengenal virus tertentu.

Sumber: Bernama