Rangkaian Restoran Burger Popular Amerika, Shake Shack Bakal Dibuka Di Malaysia
Rangkaian restoran popular Amerika iaitu Shake Shack dilaporkan bakal dibuka di Malaysia dalam masa terdekat.
Perkara itu dikongsikan oleh Shake Shack Malaysia menerusi hantaran muat naik mereka di Facebook rasmi pada tengah hari tadi.
Menurut muat naik perkongsian itu, rangkaian restoran yang pertama itu akan dibuka di Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur.
“Adakah anda sudah bersedia, #AnakAnakMalaysia? Kami akan membuka ShackBurgers di The Exchange TRX di Kuala Lumpur tidak lama lagi.
“Tag rakan anda, kepada siapa anda mahu berkongsi gigitan Shackburger pertama anda! Nantikan,” tulis muat naik itu.
Bagaimanapun, bila tarikh pembukaan rasmi rangkaian restoran popular itu dibuka masih belum diumumkan.
BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’
Sumber: Facebook/Shake Shack