
Rangkaian Bengkel Terbesar China, TUHU Kini Bertapak Di Malaysia
Rangkaian bengkel kereta terbesar dari China, TUHU Car Care Workshop telah dibuka di Malaysia sejak beberapa bulan lalu.
Menerusi carian di laman web mereka, dua cawangan telah dibuka di negara ini iaitu di Rimbayu dan bandar Sunway.
Diasaskan sejak 2011, TUHU menjadi salah satu bengkel terkemuka di China dan pernah disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong.
Sehingga tahun 2023, bengkel itu mempunyai lebih 5,000 cawangan dengan pengguna berdaftar melebihi 100 juta.
Bukan sahaja boleh membaiki kereta, bengkel itu juga turut menawarkan perkhidmatan mencuci kereta buat orang ramai.
Menerusi perkongsian di Facebook mereka, orang ramai juga boleh menempah perkhidmatan secara dalam talian menerusi aplikasi yang telah disediakan.
Syarikat terbabit juga telah memenangi pelbagai anugerah di China termasuk Anugerah Inovasi Perniagaan Shanghai dan Unit Model Persatuan Perdagangan Penyelenggaraan dan Pembaikan Automotif China.
Kehadiran rangkaian bengkel itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai respon dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sumber: TUHU Car Care Workshop