Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin melalui sebuah ciapan di laman Twitter memaklumkan perkembangan lawatannya ke Semporna, Sabah hari ini.
Khairy bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sementara di Sekolah Kebangsaan Pulau Larapan.
Tulis Khairy dalam ciapannya,
“Ramai yang tiada dokumen pengenalan rasmi tapi DG Hisham terus cucuk.
“Tiada yang selamat sampai semuanya selamat.”
Ciapan tersebut turut mendapat balasan dari DG Hisham yang bermaksud,
“Jangan tinggalkan sesiapa.”
“Tersentuh baca ni”
Di ruangan komen, warga net rata-rata tersentuh dengan tindakan DG Hisham yang tetap memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada penduduk setempat walaupun ramai yang tidak mempunyai dokumen pengenalan rasmi.




Tambah Khairy, lebih seribu dos vaksin COVID-19 jenis CanSino dibawa untuk PICK outreach hari ini.
Sebelumnya, Khairy turut melawat keadaan Hospital Papar, Sabah yang menurutnya sudah tidak mampu memenuhi keperluan kesihatan penduduk di sana.
Bantuan 480 tangki oksigen, 48 concentrators dan ubat-ubatan untuk rawatan COVID-19 turut mendarat di Sabah di hari terakhir lawatan kerja tersebut.
Sumber: Khairy Jamaluddin