Alat solek merupakan perkara yang wajib ada bagi setiap wanita di dunia. Walaupun hanya sekadar bedak kompek, ia merupakan perkara terpenting yang sering dibawa dalam beg tangan.
Alat solek biasanya digunakan untuk mengemas penampilan diri agar kelihatan lebih segar dan berkeyakinan. Namun tidak bagi sesetengah orang yang menyedari potensi sebenar alatan solek.
Perkongsian seorang gadis di Twitter yang menunjukkan hasil kreatif beliau dalam menghasilkan solekan yang lain daripada yang lain.
Pemegang laman Twitter yang tular ni @nuha nazriii memanipulasi alatan solek dan melukis melalui perspektif yang berlainan berjaya menimbulkan ilusi seperti kulit muka yang ditarik.
Hasil kretiviti solekan ilusi lain dari yang lain ini telah mendapat 6.7 ribu kicauan dan 22.1 ribu menyukai. Hasil yang menakjubkan dan sangat ‘real’ ini membuktikan solekan bukan sahaja untuk mencantikkan wajah malah ia boleh menjadi satu hasil seni yang menarik.


Sebelum ini, gadis ini juga pernah tular dengan hasil solekan yang diinspirasi melalui makanan tradisonal orang Melayu.


Sumber: @nuhanazriii