Gambar: Windows Central & Twitter Hakim Ismail

Ramai Tak Tahu, Rupanya Buat Kelas ‘Online’ Guna ‘Telegram Live’ Jauh Lagi Best, Lelaki Ini Kongsi 3 Kelebihannya

Nadhirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Kelas online atau kita kenali kelas secara maya ini merupakan proses pembelajaran dengan menggunakan kemudahan internet dan media digital untuk menyampaikan isi pembelajaran.

Sejak pandemik melanda dunia, kelas secara maya dilihat semakin meluas digunakan. Bahkan dalam dunia pekerjaan juga digalakkan untuk dilakukan secara maya sekiranya ada meeting yang memerlukan pertemuan bersemuka.

Sebelum ini, platform kelas ‘online‘ yang selalu digunakan adalah menerusi Google Meet, Zoom, Skype dan Webex.

Tetapi kali ini, seorang pengguna Twitter, Hakim Ismail menerusi akaunnya ada berkongsikan aplikasi yang lebih mudah dan lain-daripada lain.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh ikuti perkongsian di bawah.

Semoga bermanfaat untuk semua!

Buat Kelas ‘Online’ Dengan Hanya Guna ‘Telegram Live’ Lebih Mudah

First time kelas guna ‘Telegram live’, rupanya lagi efisien dan mudah berbanding Google Meet. Antara kelebihannya:

1. Tak perlu create link, terus video chat, ahli group hanya perlu klik join saja untuk akses kepada kelas.

2. Kelas hanya ahli group saja, tanpa dicerobohi orang lain.

Kredit: Twitter Hakim Ismail

3. Live ini juga boleh dirakam, selesai tamat rakaman, akan terus masuk dalam saves message dan forward dalam group. Kalau googlemeets kena ambil masa sikit nak render dan perlu akses ke Googledrive.

Saya baru dapat tiga kelebihan ini ja, dan rasa platform ini sangat bagus kalau nak buat private class. Bagus juga teknologi-teknologi duniawi ni, sekurangnya memudahkan urusan ukhrawi (berkaitan dengan akhirat).

Menerusi perkongsian itu, seorang warganet bernama Aiman Psikologi ada bertanyakan soalan kepadanya mengenai, sama ada telegram live itu boleh berkongsikan screen atau pun tidak.

Kredit: Hakim Ismail

Kepada yang bertanya, ini antara features dalam video chat Telegram. Boleh share screen, boleh recording, edit title dan macam-macam lagi. Cuma share screen telegram ni lebih kurang screen recording kalau yang guna fon.

Kredit: Hakim Ismail
Kredit: Hakim Ismail

Sumber: Twitter