Ramai Ingat Sama Tapi Tidak, Ini Beza Susu UHT & Pasteurized
Tidak dinafikan, susu memberikan banyak manfaat khususnya untuk kepentingan tulang manusia.
Disebabkan itu, pelbagai jenis susu dengan variasi jenama banyak di jual di pasaran sekarang.
Setiap kali pergi ke pasar raya, pastinya banyak produk termasuk susu kotak diletakkan di rak mahupun chiller.
Tapi pernah tak anda terfikir kenapa ada yang diletakkan di tempat sejuk dan ada yang diletakkan di luar sahaja?
Tengok Kotak Sama, Tapi Sebenarnya Tak..
Kredit: Threads @zainijasni711Satu boleh duduk rak biasa, satu lagi kena duduk peti sejuk. Ini sebenarnya beza utama susu kotak yang orang selalu keliru.
Susu UHT
Ini susu yang dipanaskan pada suhu sangat tinggi sekejap untuk bunuh kuman, lepas tu terus pack kedap.
Sebab tu dia boleh duduk luar peti ais selagi belum buka.
Kelebihan dia
Expired lambat
Senang simpan, sesuai standby rumah
Sesuai kalau jenis jarang minum susu hari-hari
Bila dah buka, tetap kena masuk peti sejuk. Jangan tinggal luar
Susu Pasteurized
Ini susu yang dipanaskan pada suhu lebih rendah berbanding UHT. Dia masih selamat, cuma umur dia pendek.
Sebab tu dia kena duduk dalam chiller dari awal.
Kelebihan
Rasa biasanya lebih fresh dan creamy
Ramai suka buat coffee, cereal, atau minum terus sebab rasa dia lebih sedap
Kekurangan
Perbezaan Utama
Kredit: Dr. SuriyakhatunNutrisi
Protein, lemak, kalsium, laktosa → Hampir sama untuk kedua-duanya
Vitamin B2, B12, C & komponen bioaktif (enzim, immunoglobulin) → Sedikit lebih tinggi dalam susu pasteurized (kerana suhu UHT lebih panas}
Vitamin A, D, E, K → Sama
Proses Pemprosesan
Kredit: Threads @zainijasni711Jangka Hayat
Rasa
Kenapa dua-dua boleh tulis fresh milk tapi tempat letak lain?
Sebab fresh milk tu maksudnya 100% susu lembu, bukan semestinya cara proses sama.
Yang membezakan adalah proses dia. UHT duduk rak biasa sementara Pasteurized duduk rak sejuk.
Kalau boleh duduk rak biasa, akan nampak perkataan UHT atau ultra high temperature. Biasanya ada ayat store in a cool dry place sebelum dibuka.
Kalau wajib peti sejuk, akan nampak pasteurised atau keep refrigerated. Selalunya label ada use by dan tarikh dia dekat.
Pasal full cream pula maksudnya kandungan lemak susu lebih tinggi, rasa lebih lemak dan pekat.
Tapi full cream boleh jadi UHT atau pasteurised juga. Jadi jangan confuse.
Senang menunjukkan begini, Nak tahan lama dan mudah simpan, ambil UHT. Nak rasa paling sedap dan kau memang minum selalu, ambil pasteurized.