gejala penyakit kanser
Gambar: Bernama

Ramai Ingat Gejala Biasa, Tapi Ia Mungkin Gejala Penyakit Kanser

Muhammad Farhan

Ramai Ingat Gejala Biasa, Tapi Ia Mungkin Gejala Penyakit Kanser

Kanser bukanlah sesuatu penyakit yang boleh dipandang ringan kerana ia boleh menyebabkan kematian. Kanser juga merupakan penyakit yang perlu dirawat pada tahap yang lebih awal.

Selain itu, bagi pejuang kanser mereka perlu melalui pelbagai rawatan dan perlu mengambil pelbagai jenis ubat bagi merawat penyakit tersebut.

Ia bukan suatu yang mudah untuk dilakukan, ia memerlukan tekad dan semangat yang kuat untuk terus bertahan hidup.

Kanser merupakan sejenis penyakit yang disebabkan pertumbuhan sel tidak terkawal. Ia boleh muncul dengan pelbagai cara dan menyerang sesiapa sahaja.

Oleh itu, sangat penting untuk diri kita mengetahui gejala penyakit kanser bagi memastikan kita sentiasa peka dan pantas mendapatkan rawatan segera.

Sehubungan itu, SK ingin berkongsi gejala penyakit kanser menerusi perkongsian Public Health Malaysia di Facebook.

Gejala Penyakit Kanser

Menurut Public Health Malaysia, Ramai orang tunggu sakit kuat atau benjolan besar baru nak bertindak. Hakikatnya, kanser selalunya bermula dengan tanda yang sangat senyap dan mudah kita sangka sebagai "biasa-biasa" sahaja.

Kanser jarang memberi amaran keras di awal. Ia lebih suka berbisik.

Antara gejala yang kita tak sangka adalah:

1. Penat melampau yang tak hilang walaupun sudah tidur cukup.

2. Turun atau naik berat badan mendadak tanpa sebab (bukan sebab diet).

3. Perubahan selera makan atau cepat rasa kenyang (baru makan dua suap dah penuh).

4. Sakit yang datang dan pergi di tempat yang sama secara berulang.

5. Batuk atau suara serak berpanjangan (lebih dari 3 minggu).

6. Perubahan pada tabiat membuang najis atau air kencing.

7. Ulser yang sangat lambat sembuh (terutama di dalam mulut).

8. Berpeluh malam yang berlebihan sehingga basah baju.

9. Perubahan pada kulit atau tahi lalat (saiz dan warna berubah).

10. Pendarahan luar biasa (bukan waktu haid).

gejala penyakit kanser
Gambar: Public Health Malaysia

Sekiranya tubuh anda mula "berkelakuan lain" dan ia berlarutan tolong jangan abaikan. Sentiasa peka dengan suara tubuh sendiri sebelum ia terpaksa menjerit.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.