Tiada Kategori

Ramai Betul Setuju, Ditanya Adakah Akan “Join” Politik, Ini Jawapan Bos Mydin

Fazidi

Ramai Betul Setuju,” Ditanya Adakah Akan ‘Join’ Politik, Ini Jawapan Bos Mydin

Dalam dunia politik, masing-masing ada ideologi, pihak dan calon parti yang mereka sokong. Kalau boleh, tentunya mereka nak pihak yang mereka sokong jadi pemenang sekarang, walaupun tarikh pilihan raya sebenar masih jauh lagi.

Tetapi, kalau korang melangkah ke MYDIN sekarang jangan terkejut ok, sebab suasana di pasar raya terkemuka tanah air itu memang rasa seolah-olah pilihan raya sedang berlangsung ketika ini.

Eh, bos besar MYDIN nak terjun dunia politik ke? Apa yang sedang berlaku sebenarnya?

Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin, beliau sebenarnya bukanlah nak terjun ke dunia politik.

Sebaliknya beliau hendak melancarkan kempen dengan idea di luar kotak, tetapi bakal memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia dan pelanggan setia MYDIN khususnya.

Menerusi kempen bertema “Pilihan Rakyat, Harga Rakyat”, MYDIN akan menganjurkan Pilihan Raya MYDIN 2025 yang cukup meriah dan mengujakan untuk kita semua nantikan.

Menurut Datuk Ameer, sebanyak 57 rakan pembekal terlibat dalam pilihan raya ini dan masing-masing akan menawarkan pelbagai promosi dan ganjaran lumayan dengan nilai keseluruhan RM6.8 juta.

Apa yang kami boleh cakap, MYDIN memang tak main-main dengan pilihan raya ini. Siap ada manifesto, proses pengundian yang akan berlangsung dan sebanyak 26 kerusi Parlimen serta 85 kerusi DUN dipertandingkan.

Cumanya, yang korang undi bukan orang sebenar tetapi calon yang terdiri daripada barang-barang yang ada dijual di MYDIN.

Barang yang menang nanti akan pegang title YB juga, bukan Yang Berhormat tetapi Yang Berharga.

Bila berlangsung Pilihan Raya MYDIN ini?

Kempen Pilihan Raya MYDIN ini akan berlangsung bermula 24 Julai sehingga 6 Oktober di semua cawangan MYDIN di seluruh tanah air atau secara atas talian menerusi aplikasi MYDIN REWARDS.

Pengundi yang mengambil bahagian dalam pengundian ini akan menikmati pelbagai ganjaran termasuk diskaun dan pulangan tunai.

Tetapi, nanti dulu. Ganjaran kita cerita kemudian, yang penting jom kita kenal-kenal dahulu semua calon yang bertanding dalam Pilihan Raya MYDIN 2025.

Untuk senarai calon-calon yang bertanding adalah seperti di bawah:

Satu Barang, Satu Undi

Setiap kali korang beli barang-barang dalam senarai di mana-mana cawangan pasaraya MYDIN dalam tempoh pilihan raya ini (24 Julai sehingga 31 Ogos), korang akan mendapat satu undi secara fizikal.

Undian dikira secara automatik berdasarkan barang-barang yang korang beli. Satu Barang, Satu Undi secara automatik, okay.

Bukan itu je, korang juga boleh membuat undian secara dalam talian menerusi aplikasi MYDIN REWARDS bermula 1 hingga 16 September ini.

Caranya mudah sahaja, tekan butang Pilihan Raya MYDIN dan korang boleh mula mengundi dengan menekan butang Undi Sekarang.

Korang boleh undi satu jenama bagi setiap kategori dan hantar undian untuk peluang menang pelbagai baucar dan pulangan tunai yang sangat menarik.

Dah kenal calon-calon yang bertanding, sekarang masa untuk korang baca beberapa manifesto menarik dan ganjaran yang ditawarkan sebelum turun memangkah YB pilihan masing-masing.

Parti Pepsodent: Empat Janji Untuk Rakyat Jika Menang

  • Berjanji untuk menyediakan produk penjagaan mulut yang melindungi gigi dan gusi rakyat Malaysia dari kecil hingga dewasa.

  • Menyediakan pendidikan kesihatan gigi untuk kanak-kanak.

  • Menawarkan produk Pepsodent pada harga rakyat, tetapi memberi perlindungan maksima.

  • Cabutan bertuah dan diskaun untuk mereka yang mengundi Pepsodent termasuk hadiah berus gigi Pepsodent untuk 5,000 pengundi pertama.

Parti Oatside: Suara Revolusi Pilihan Sihat & Lazat

  • Oatside menawarkan produk dengan rasa padu, penuh krim dan 100 peratus plant base.

  • Nak sihatkan rakyat tanpa kompromi dengan produk yang tiada gula tersembunyi dan tiada bahan pelik.

  • Menyokong #rakyatvegan, flexitarian dan juga penggemar kopi.

  • Harga ekslusif di MYDIN sempena Pilihan Raya MYDIN 2025.

  • Pastikan masa depan yang optimistik, menyemai budaya makan yang bijak, rasa hebat dan rakyat yang kuat.

Parti Rasa Rakyat Puteri: Jenama Warisan Dengan 40 Tahun Pengalaman

  • Menawarkan untuk terus menyajikan rasa yang autentik, bermula daripada sos cili pekat sehinggalah produk kicap cair.

  • Walaupun berakar daripada tradisi, Parti Rasa Rakyat Puteri akan terus menyesuaikan diri dengan gaya masakan moden tanpa mengorbankan rasa asli.

  • Harga promosi untuk produk tepung pedas, sambal garing ikan bilis dan sambal udang sepanjang Pilihan Raya MYDIN 2025.

  • Tawar promosi Harga Rahmah & beberapa produk turun harga sekiranya menang pilihan raya.

Ganjaran Rakyat: RM400,000 Untuk Rakyat MYDIN

Khas untuk para pengundi sepanjang Pilihan Raya MYDIN 2025 ini, mereka bakal menikmati Ganjaran Rakyat yang hebat dalam bentuk baucar dan pulangan tunai bernilai sehingga RM400,000.

Nak dapat ganjaran ini pun mudah sangat-sangat. Tinggal undi calon pilihan masing-masing, korang berpeluang membawa pulang baucar dan pulangan tunai yang dijanjikan.

Tip nak mudah je, semakin tinggi jumlah undian semakin tinggilah peluang nak menang.

Rezeki Rakyat: Menang Hadiah Lumayan Bernilai Sehingga RM1.68 Juta

Ganjaran yang kedua ini pun boleh tahan gempak juga. Bermula dari 1 Ogos sehingga 30 September ini, hadiah lumayan bernilai sehingga RM1.68 juta mungkin menjadi milik korang, cukup dengan sekadar menyertai permainan Cash Out di aplikasi MYDIN PAY.

Korang perlu beli produk-produk yang menyertai permainan Cash Out iaitu produk Maggi, Oatside, Pepsodent dan Safi menerusi aplikasi MYDIN PAY.

Kemudian, korang akan menerima notifikasi khas yang membawa kepada permainan Cash Out. Jika korang cukup bertuah, nama korang akan diumumkan sebagai pemenang menerusi Facebook MYDIN setiap minggu.

Pemenang bakal menerima ganjaran tunai e-dompet menerusi aplikasi MYDIN PAY setiap Isnin sepanjang tempoh kempen Rezeki Rakyat.

bos mydin politik

Cashback Rakyat: Diskaun & Pulangan Tunai Sehingga RM300,000

Bermula dari 25 Julai hingga 5 Oktober, korang yang menggunakan e-dompet terpilih iaitu di Atome, Boost, MCash, SPayLater, ShopBack dan Setel akan menikmati diskaun serta pulangan tunai sehingga RM300,000.

bos mydin politik

Jadi, apa tunggu lagi. Set tarikh masing-masing dan jangan lupa turun mengundi di pusat mengundi yang ditetapkan iaitu Pasaraya MYDIN seluruh Malaysia bermula 24 Julai lepas sehingga 31 Ogos dan undian secara atas talian menerusi aplikasi MYDIN REWARDS bermula daripada 1 hingga 16 September ini.

bos mydin politik

Sama-sama kita nantikan pengumuman keputusan undian dan barang manakah yang ditabalkan sebagai Yang Berharga pada 18 September nanti.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web, Facebook, Instagram dan TikTok MYDIN Malaysia.