Manchester: Rakyat Malaysia di luar negara dinasihatkan segera mendaftar diri dengan misi diplomatik Malaysia yang terdekat, berikutan penularan COVID-19, kata Wisma Putra.
Kementerian Luar secara berterusan melaksanakan pemantauan berhubung situasi semasa dan telah mendekati rakyat Malaysia di luar negara, terutama di 10 negara yang paling teruk terjejas ekoran COVID-19.
Sehingga kini, terdapat 23,179 rakyat Malaysia yang berdaftar di Amerika Syarikat, China (14,929), Jepun (6,019), Korea Selatan (4,297), Perancis (2,401), Jerman (2,218), Switzerland (790), Itali (380), Sepanyol (150) dan Iran (67).
Menerusi pengumuman berpusat oleh kementerian, rakyat Malaysia dinasihati untuk mendaftarkan nama, jantina, nombor kad pengenalan atau nombor pasport, nombor telefon dan lokasi ke misi terdekat melalui e-mel seperti mwlondon@kln.gov.my, mwrome@kln.gov atau mwrehran@kln.gov.my.
Sumber: Bernama