Pada jam 1.07 pagi (Waktu Malaysia), satu gempa bumi sekuat 5.3 magnitude telah menggegarkan sehingga 2km daripada bandar Tsukubamirai, Ibaraki, Jepun.
Kejadian tersebut berlaku berdekatan dengan ibu negara Jepun iaitu Tokyo. Dalam sebuah group Road To Japan, rakyat Malaysia berkongsi detik cemas dikejutkan dengan gegaran ketika kebanyakan mereka sedang tidur.
Mereka merasai gegaran itu di bandar Akihabara di mana bandar tersebut memang menjadi tumpuan pelancong, terutama dari Malaysia selain Tokyo dan Osaka. Harap semuanya selamat dan tiada apa-apa kecederaan yang berlaku.



Sumber: Google Eartquake Alert