Rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan fenomena Hujan Meteor Geminids pada waktu malam dari 4 Disember hingga 17 Disember 2021.
Menerusi perkongsian daripada Planetarium Negara, Hujan Meteor Geminids ini akan mencapai maksimun dengan kadar 120 meteor sejam atau 2 meteor seminit pada Isnin, 13 Disember 2021, jam 9.00 malam sehingga menjelang awal pagi 14 Disember 2021.
Kepada yang ingin memerhatikan fenomena hujan meteor ini, anda perlu ke kawasan yang gelap dan jauh dari pencemaran cahaya.
Pusat pancaran meteor-meteor tersebut datangnya dari buruj gemini yang terletak di langit sebelah Utara.

Sumber : Planetarium Negara