rakyat indonesia cemburu malaysia
Gambar: Bernama

Rakyat Indonesia ‘Cemburu’ Sebab Malaysia Ada Ini

Iqbal Yasir

Rakyat Indonesia ‘Cemburu’ Sebab Malaysia Ada Ini

Seperti umum mengetahui, Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 telah diluluskan Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ia bagaikan membuka lembaran baharu kepada lebih 1.2 juta pekerja gig di Malaysia.

Di bawah RUU ini, menyentuh empat komponen asas melibatkan definisi pekerja gig, mekanisme kilanan, isu kadar bayaran dan keselamatan sosial.

Undang-undang ini bukan sahaja mendapat perhatian rakyat Malaysia, malah portal-portal berita di negara seperti Indonesia.

Baru-baru ini tular video di akaun TikTok @cepoin.media turut meluahkan pandangan mengenai RUU Pekerja Gig yang diluluskan oleh Dewan Rakyat di Malaysia.

Negara Kita Bila Nih?

Menurut klip berkenaan, pelaksanaan RUU bakal memberikan pelbagai manfaat kepada golongan berkenaan.

Antara perkara yang diluahkan olehnya termasuklah kontrak antara pekerja dan majikan yang jelas, penetapan kadar pembayaran minimum, jaminan keselamatan sosial, larangan pemotongan tarif dan banyak lagi.

“Malaysia baru sahaja mengesahkan undang-undang baharu untuk pekerja Gig. Bermula daripada penunggang e-hailing sehinggalah ke pencipta kandungan.

“Mereka bakal mendapat perlindungan undang-undang, jaminan kebajikan, serta peraturan kerja yang lebih adil,” tulisnya dalam ruangan kapsyen video.

Dalam masa yang sama, dia berharap inisiatif yang dilaksanakan oleh Malaysia mampu diaplikasikan oleh negaranya juga.

“Semoga Indonesia segera menyusul,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen malah rakyat di negara itu juga bersetuju dengan pendapat yang dinyatakannya.

Malah ada juga yang menyuarakan hasrat untuk mencari pekerjaan di Malaysia termasuk cara merealisasikan perkara serupa di Indonesia.

Berikut antara komen pengguna;

“Boleh pindah ke Malaysia saja tak,” komen seorang pengguna.

“Malaysia keren (hebat),” komen seorang lagi.

“Tubuhkan persatuan ojol Indonesia yang diiktiraf, kemudian buat aduan kepada Kementerian Sumber Manusia. proses tersebut kementerian akan bawa suara ke Parlimen (dpr) untuk luluskan undang-undang tersebut,” komen seorang lagi.

“Bestnya di Malaysia,” luah seorang lagi.

Sumber: TikTok @cepoinmedia

BACA: Lebih 2.9 Juta Rakyat Belanja RM192.4 Juta Guna Penghargaan SARA – MOF

BACA:Lelaki Indonesia Malu Akui Pentadbiran Malaysia ‘Cemerlang’