Negara Jepun sering dipandang sebagai sebuah negara yang maju dan sempurna dari segala aspek. Setiap pemerintahan negara di dunia ini sudah semestinya mempunyai pelbagai kepincangan namun langkah yang sebetulnya perlu diambil bagi menjaga kepentingan rakyat.
Menerusi satu kiriman di Facebook Mohd Zailee, beliau memuatnaik quote di Twitter yang memaparkan seorang warganegara Jepun yang memuji Malaysia dalam menguruskan wabak Covid-19 dan menghargai penat lelah rakyat berbeza dengan apa yang berlaku di negaranya sendiri.
Ada orang Jepun quote tweet Jabatan Penerangan. Tweet dia tu dapat retweet lebih daripada 13 ribu. Aku curious nak tahu apa benda yang tweet tu cakap. Mujurlah ada fungsi Google Translate.
Rupanya orang-orang Jepun tengah puji negara kita. Mereka cemburu dengan cara kita handle penularan wabak Coronavirus. Berbeza dengan cara negara mereka.

Kita, Malaysia dianggap sebagai negara yang ambil berat tentang rakyat dan rakyat dianggap sebagai manusia. Mereka pula dianggap sebagai sumber semata-mata. Bukan sebagai manusia.

Ini aku cakap ikut tweet ni lah. Mungkin korang ada pengalaman berbeza bila berinteraksi dengan orang Jepun. Mungkin korang boleh la cakap “ehhh aku jumpa Jepun dulu adab dia sopan bla bla bla.” Yang itu lantak kau lah.
Dalam banyak aspek seperti pendidikan, teknologi, dan material, Jepun jauh lebih maju daripada kita. Tapi dari segi kemanusiaan, kita dilihat lebih baik daripada mereka.
Kesimpulannya, grass is greener on the other side of the fence.
Lawati perkongsian di bawah untuk melihat lebih lagi pujian yang dilontarkan kepada Malaysia dalam usaha menangani wabak ini.
Sumber: Mohd Zailee