Jururawat Menang Pampasan
Kredit: Daily Mail UK

Rakan Sekerja Biadap & Suka Menjeling, Jururawat Menang Pampasan RM143,000

Athirah

Rakan Sekerja Biadap & Suka Menjeling, Jururawat Menang Pampasan RM143,000

Seorang jururawat pergigian menerima pampasan lebih kurang £25,000 (kira-kira RM143,000) selepas mahkamah mendapati beliau dibuli rakan sekerja apabila sering menjadi mangsa jelingan di tempat kerja, lapor Daily Mail UK.

Tribunal pekerjaan mendapati Maureen Howieson, 64, telah berdepan layanan biadab dan diperlekehkan ketika bertugas di sebuah klinik pergigian.

Kejadian itu berlaku selepas kehadiran seorang ahli terapi pergigian baharu, Jisna Iqbal yang didakwa enggan melaksanakan tugasan tertentu dan kerap menjeling setiap kali Maureen Howieson berbicara dengannya.

Bagaimanapun, hubungan antara Maureen Howieson dan Jisna Iqbal di Great Junction Dental Practice, Edinburgh menjadi tegang sehingga menyebabkan wanita berusia 64 tahun itu meletakkan jawatan.

Maureen Howieson telah bekerja dalam bidang pergigian selama lebih 40 tahun, namun hanya bertugas di kaunter pendaftaran disebabkan masalah kesihatan.

Manakala Jisna Iqbal pula merupakan doktor gigi dari India belum layak merawat pesakit di United Kingdom. Jadi, beliau telah mengambil alih tugas kaunter pendaftaran ketika Maureen Howieson cuti sakit.

Jisna Iqbal menolak dakwaan daripada Maureen Howieson

Daily Mail UK melaporkan bahawa Jisna Iqbal menolak dakwaan tersebut, namun tribunal pekerjaan menerima versi kejadian yang dikemukakan oleh Maureen Howieson.

Maureen Howieson pernah mengadakan pertemuan bersama Dr Vithayathil selepas menangis di tempat kerja, sambil memberitahu Jisna Iqbal menganggap dirinya sebagai ‘tukang cuci’ pada September 2024.

Situasi tegang itu akhirnya menyebabkan Maureen Howieson mengalami serangan panik sebelum mengambil keputusan meletakkan jawatan pada Oktober 2024.

Pemilik klinik, Dr Fary Johnson Vithayathil, mengakui sudah mengetahui masalah melibatkan Jisna sejak awal tetapi gagal bertindak menyelesaikannya.

Hakim Pekerjaan, Ronald Mackay, mendapati majikan sengaja membiarkan persekitaran kerja bermusuhan berterusan selain melakukan pelanggaran kontrak serius dan pemecatan tidak adil terhadap Maureen Howieson.

BACA: Merdeka Diraikan, Lelaki Indonesia Pasang Jalur Gemilang di Tanah Malaysia
BACA: Israel Umum Jurucakap Hamas, Abu Obeida Dipercayai Maut Dalam Serangan Israel
BACA: Jurutera Maut Selepas Dipatuk Ular Bersembunyi Dalam Kasut “Crocs”
BACA: KLIA Mulakan Ujian Sistem VAMS, Ini Perkara Penting Yang Pemandu Kena Ambil Tahu

Sumber: Daily Mail UK