Kejadian rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman pada November tahun lalu telah mengorbankan nyawa seorang anggota bomba yang bernama Muhammad Adib.
Kematian Allahyarham Muhammad Adib itu telah membuatkan beberapa pihak berang dan bersatu bagi menuntut keadilan yang terjadi kepada anggota bomba yang berusia 25 tahun itu.
Pelbagai reaksi daripada netizen serta kenalan rapat arwah dapat dilihat dizahirkan di media sosial.
Antaranya ialah bekas balai bomba di mana tempat arwah Muhammad Adib pernah berkhidmat dulu:
Perkongsian itu dipercayai dizahirkan mewakili rakan-rakannya yang pernah bertugas di balai bomba tersebut.
Kes perbicaraan yang berlangsung selama 41 hari itu akhirnya telah sampai ke penghujungnya. Mahkamah Koroner Shah Alam telah memutuskan bahawa Muhammad Adib Mohd Kassin meninggal dunia disebabkan perbuatan jenayah.
Sumber: Facebook