Rakaman Ibu Tarik Rambut Anak Masa Makan Tular, Polis ‘Turun Padang’ Cari Pelaku Tunjuk Video Depan Muka
Video seorang ibu di Gresik, Indonesia menarik rambut seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anaknya di sebuah warung tular dia media sosial.
Menerusi rakaman video tersebut, seorang kanak-kanak itu masih mengenakan pakaian seragam sekolah tampak pasrah dan tidak melawan ketika ditarik rambutnya di depan orang ramai.
Video yang tersebar mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan dan akhirnya bertindak untuk ‘turun padang’ menyelidik dan mencari wanita tersebut.
Petugas daripada unit Pelindungan Perempuan dan Anak (PPA), Gersik bersama pihak polis menemui kediaman si pelaku lantas menunjukkan video tular yang merakam aksi kekerasan yang dilakukannya didepan mukanya.
“Seketika itu wajahnya pucat dan mengakui perbuatannya. Dia juga meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi hal tersebut,” kata salah seorang petugas berkuasa.
Ketika ditanya mengapakan hal tersebut, wanita itu menjawab, “Ayah dia keluar rumah tanpa alasan yang jelas. Saya kesal. Dia pula tak mahu makan disitu.”
Atas kejadian itu, wanita tersebut telah diminta untuk membuat surat pengakuan mengakui kesalahannya dan disaksikan beberapa orang terdekat supaya menjadi pengajaran untuk semua pihak terutama ibu bapa.
“Ini penting untuk mereka tak mengulangi kesalahan dan jadi pengajaran untuk masyarakat bahawa anak perlu mendapatkan pelindungan sebaiknya dan tidak ada kompromi terhadap kekerasan,” kata salah seorang petugas PPA.
Sumber: Kompas