Gambar Via Howtogeek/Daily Star

Rakam Bentuk Seakan Kepala, Pengguna Dakwa Temui ‘Naga Laut’ Dalam Imej Satelit Google Maps

Sofea

Google Maps merupakan merupakan platform yang membolehkan pengguna untuk mencari atau melihat sesuatu lokasi dalam bentuk imej satelit, peta jalan dan pemandangan panorama interaktif (Street View).

Namun, sejak ia dilancarkan, ada beberapa orang pengguna yang mendakwa telah menemui sesuatu yang aneh atau misteri menerusi platform itu sehingga ia menjadi tular di media sosial.

Terbaru, seorang pengguna Google Maps mendakwa bahawa telah mengesan satu objek seperti ‘naga laut’ semasa menggunakan aplikasi tersebut.

Menurut Daily Star, pengguna itu telah memuatnaik gambar penemuan tersebut di forum Reddit dan mendapat perhatian ramai.

Gambar Via Daily Star

“Ia tidak kelihatan seperti kapal atau ikan paus, anda rasa ini apa?,” katanya.

Dakwanya, itu mungkin raksasa laut yang dikenali sebagai Kraken. Kewujudannya dikatakan berasal dari mitologi Yunani dan ia memiliki ukuran serta kekuatan yang luar biasa.

Ada juga yang berpendapat bahawa penemuan aneh itu adalah Cthulhu, yang merupakan entiti fiksyen yang menyerupai sotong gergasi yang hidup di Lautan Pasifik.

Bagaimanapun, ramai juga yang mengatakan bahawa itu hanyalah gambar batu yang terbentang di lautan dan juga mungkin ikan paus.

Sumber: Daily Star