Raja, Gaana, Thenisai Thendral Deva, Bakal Gegarkan Johor Buat Pertama Kali dengan Konsert Mega!
Gambar Hiasan
Tiada Kategori

Raja, Gaana, Thenisai Thendral Deva, Bakal Gegarkan Johor Buat Pertama Kali dengan Konsert Mega!

Siti Sakinah

Raja, Gaana, Thenisai Thendral Deva, Bakal Gegarkan Johor Buat Pertama Kali dengan Konsert Mega!

Johor, 3 Jun 2025 – Raja muzik Gaana, Thenisai Thendral Deva, bakal kembali ke Malaysia untuk sebuah konsert mega yang dinanti-nantikan. Kali ini, beliau akan mengadakan persembahan pertamanya di Johor, menjanjikan sebuah malam yang lebih hebat dan luar biasa. Konsert ini dianjurkan oleh SPPS Production dengan kerjasama iGP Production.

Peminat boleh menantikan malam yang penuh dengan muzik bertenaga, kenangan indah, dan persembahan lagu-lagu hits yang pernah menguasai industri muzik Tamil. Deva, yang cukup dikenali sebagai “Thenisai Thendral”, merupakan antara komposer muzik paling berpengaruh dalam filem Tamil, terutama bagi generasi 90-an.

Beliau terkenal dengan lagu-lagu yang rancak, mudah diingati, dan kekal segar sehingga kini. Sebagai “Raja Gaana”, Deva memainkan peranan besar dalam mempopularkan genre muzik Gaana dengan menghasilkan lagu-lagu yang menjadi siulan ramai. Muziknya telah menjadi latar belakang kehidupan jutaan peminat selama beberapa dekad.

Konsert ini bukan sekadar persembahan biasa, tetapi sebuah penghormatan kepada perjalanan seni Deva dan sumbangannya dalam dunia muzik yang sentiasa dekat di hati peminat pelbagai usia.

Maklumat Konsert: ● Tarikh: 9 Ogos 2025 (Sabtu) ● Masa: 5.00 petang ● Tempat: Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri, Johor

Konsert ini bakal menyaksikan gabungan hebat artis-artis terkenal yang akan bersama-sama menghidupkan kembali lagu-lagu ikonik Deva di atas pentas. Antara yang bakal membuat persembahan termasuklah: ● Mano ● Anuradha Sriram ● Sabesh-Murali ● Srikanth Deva ● Ajay Krishna dan Priyanka (bintang dari rancangan Super Singer)

Dengan gabungan suara-suara hebat ini, konsert tersebut dijangka menyajikan persembahan yang bertenaga dan menggamit kenangan.

Menurut para pengarah acara iaitu Dato’ Seri Dr. Yakaya, Encik Prabu, dan Encik Ezra Hari, konsert ini merupakan satu penghargaan istimewa buat para pencinta muzik di Malaysia, terutamanya di Johor. Encik Ezra berkata,

“Konsert sulung ini bukan sekadar pelancaran acara, tetapi juga langkah awal dalam merevolusikan hiburan secara langsung. Kami amat berbangga memulakan perjalanan ini dengan sambutan terhadap seni dan kreativiti. Pemilihan tarikh pada 9 Ogos, bersempena Hari Kebangsaan Singapura, turut menjadikannya lebih istimewa bagi penonton dari kedua-dua negara.”

Tiket akan mula dijual pada 3 Jun 2025, dengan harga promosi early bird serendah RM91.80, bagi memastikan ia mampu dinikmati oleh semua.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam penuh magis ini, sebuah penghormatan kepada legasi Thenisai Thendral Deva dan muziknya yang tidak lapuk dek zaman.

Beli tiket di sini: ticket2u.com.my/devajb

SPPS Production & iGP Production

Kedua-dua syarikat ini berpusat di Johor Bahru dan merupakan penganjur utama bagi konsert Deva Live in Johor.

Sebagai syarikat produksi yang baharu dan dinamik, SPPS dan iGP didorong oleh semangat tinggi dan minat mendalam dalam dunia hiburan. Mereka komited untuk menaikkan taraf acara hiburan secara langsung di Malaysia dengan menghasilkan pengalaman yang bukan sahaja berkualiti tinggi, malah meninggalkan kenangan yang mendalam buat penonton dari semua lapisan umur.