Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-34.
Anakanda Baginda, Tengku Afzan mengucapkan selamat menerusi laman twitternya dengan ucapan, “Selamat hari ulang tahun ke-34 kepada ibu ayah yang terbaik di dunia.”
Rakyat jelata juga tidak ketinggalan menzahirkan ucapan tahniah dan ada juga yang mendoakan hubungan perkahwinan Baginda dan Raja Permaisuri terus dirahmati Allah.

Sumber: Tengku Afzan