Raikan Kemakmuran Tahun Baru Cina 2026 Bersama HABIB
Sempena sambutan Tahun Baru Cina ini, HABIB menyambut musim pembaharuan, optimisme dan kemakmuran dengan mempersembahkan rangkaian koleksi barang kemas terbaharu yang memukau, merangkumi Oro Italia 916, barang kemas berlian serta batu permata.
Diilhamkan oleh kekuatan dinamik dan simbolisme penuh semangat Kuda Api, kempen Tahun Baru Cina HABIB yang berlangsung sehingga 5 Februari 2026 di semua bilik pameran HABIB di seluruh negara mengajak rakyat Malaysia meraikan permulaan bermakna melalui barang kemas yang melangkaui peredaran masa.
Berteraskan penghormatan budaya serta seni pertukangan yang halus, kurasi perayaan ini mencerminkan intipati Tahun Baru Cina saat di mana kekeluargaan, tuah dan permulaan baharu bersatu.
Setiap rekaan dihasilkan dengan teliti bagi menzahirkan simbolisme yang membawa keberkatan, menjadikan barang kemas bukan sekadar perhiasan, tetapi azimat harapan, keyakinan dan kemakmuran untuk tahun mendatang.
Menyambut musim pembaharuan ini, HABIB mempersembahkan koleksi ikonik Oro Italia 916 yang direka khas untuk menarik tuah dan rezeki pada tahun baharu.
Dikenali dengan kilauan menyerupai berlian serta siluet kontemporari, setiap helaian dihasilkan dengan ketepatan tinggi dan disempurnakan secara manual oleh tukang emas mahir dari Itali. Hasilnya adalah barang kemas dengan sinaran luar biasa, keselesaan terunggul dan keanggunan moden, sempurna untuk melengkapkan busana perayaan dengan sentuhan sofistikated.

Pilihan koleksi terbaharu HABIB Oro Italia 916
Mengangkat lagi kemeriahan perayaan, HABIB turut mempersembahkan rangkaian barang kemas emas 999 dan 24 karat yang menzahirkan kemuncak keanggunan emas.
Dihasilkan menggunakan teknologi emas 5G dan 5D yang canggih, rekaan ini menampilkan keseimbangan antara keindahan berstruktur dan ketahanan luar biasa.
Menonjol, klasik dan bergaya, setiap rekaan bukan sahaja menyerlahkan sinar, malah berfungsi sebagai pelaburan bernilai dalam emas berkualiti tinggi.

Pesona Emas 999.9
Bagi mereka yang mencari ekspresi gaya kontemporari, HABIB turut memperkenalkan pilihan terkurasi barang kemas berlian dan batu permata yang direka khusus untuk cita rasa moden.
Seiring simbolik pakaian dan barang kemas baharu sebagai lambang permulaan, koleksi ini mengajak pemakai menyambut Tahun Baru Cina dengan penuh keyakinan sama ada melalui rekaan berani yang mencuri tumpuan atau helaian minimalis yang menaikkan penampilan harian.
Diperindahkan dengan pelbagai batu permata yang berkilauan, koleksi ini memastikan tahun baharu diraikan dengan elegan, keunikan dan gaya tersendiri.

Anting-anting dan Cincin Ruby & Berlian
Menjadi tumpuan utama tahun ini ialah HABIB Year of the Fire Horse 2026 999.9 Gold Wafer dan Gold Bar. Diilhamkan oleh salah satu simbol zodiak paling berkuasa dalam budaya Cina, Kuda Api melambangkan semangat, vitaliti, keberanian serta kemajuan yang berterusan.

Fiery Fortune Gold Wafer & Gold Bar
Sejak sekian lama, kuda dikaitkan dengan kemajuan, kesetiaan dan permulaan baharu yang berani, serta dihormati sebagai lambang ketahanan dan kejayaan.
Diperbuat daripada emas tulen 999.9, koleksi edisi khas ini direka dengan teliti sebagai kenang-kenangan bermakna dan hadiah penuh keberkatan untuk diwariskan dari generasi ke generasi.
Dari sekarang hingga 5 Februari 2026, pelanggan berpeluang menikmati keistimewaan perayaan eksklusif dengan diskaun sehingga RM30 segram bagi barang kemas emas 916 dan 999 terpilih di semua bilik pameran HABIB di seluruh negara.
Tawaran terhad ini memberi peluang bermakna untuk melabur dalam emas berkualiti yang melambangkan kekayaan, kestabilan dan kemakmuran.
Kempen Tahun Baru Cina HABIB 2026 berlangsung di semua bilik pameran HABIB serta di platform e-dagang HABIB dari sekarang hingga 5 Februari 2026.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi www.habibjewels.com dan ikuti HABIB di platform media sosial seperti Instagram dan TikTok (@habibjewelsofficial), serta Facebook dan LinkedIn (@HABIB).