
Hari Wanita Antarabangsa kali ini, Sacoor Brothers membawa definisi baharu kepada power dressing dengan koleksi sut wanita yang bukan sahaja eksklusif, tetapi juga direka untuk menyerlahkan keunikan diri dan meningkatkan keyakinan dalam setiap langkah.
Tampil penuh karisma dengan Pinstripe Double-Breasted Suit dalam rona biru gelap. Direka daripada fabrik bulu berkualiti tinggi, sut ini menampilkan rekaan berkancing enam serta lapel puncak yang memberi ilusi siluet yang lebih tegap dan berstruktur.

Bahagian dalamannya yang berlapik penuh memastikan keselesaan sepanjang hari, manakala seluar berpinggang tinggi dengan garisan berlipat memberikan kesan kaki lebih panjang dan ramping. Padankan dengan T-shirt putih untuk gaya kasual atau kemeja berkolar untuk penampilan profesional yang lebih formal. Sut ini membuktikan bahawa power dressing bukan sekadar bergaya, tetapi juga memberi impak yang kuat dan versatil.
Ingin meninggalkan kesan di mana sahaja anda berada? Sut Double-Breasted dalam fabrik Jacquard ini adalah pilihan sempurna! Dengan potongan eksklusif, lapel puncak, serta lengan panjang yang disertakan butang pada bahagian manset, sut ini membawa sentuhan mewah yang tersendiri.

Jika anda peminat gaya minimalis tetapi masih mahu kelihatan sofistikated, Sut Double-Breasted dalam kapas campuran ini adalah pilihan terbaik. Dengan tona ecru yang moden dan segar, ia mencerminkan gaya elegan yang tidak lapuk dek zaman.

Bagi anda yang gemarkan keseimbangan antara gaya klasik dan moden, Sut Double-Breasted dalam Rayon Blend ini wajib ada dalam koleksi anda! Berona camel hangat, ia menampilkan potongan blazer yang tajam dengan butang berkembar di bahagian manset untuk sentuhan sofistikated.

📍 Suria KLCC 📍 Pavilion KL 📍 The Gardens Mall 📍 Bangsar Village 2 📍 IOI City Mall Putrajaya 📍 LaLaport BBCC 📍 The Exchange TRX 📍 Gurney Plaza Penang 📍 Imago Shopping Mall Kota Kinabalu