Air Force The Movie
Gambar: Instagram airforcethemovie_official/Youtube GSC Cinemas

Raih RM8 Juta Dalam Masa Empat Hari, Air Force The Movie Bakal ‘Terbang’ Ke Jepun, Korea & Taiwan

Iqbal Yasir

Raih sebanyak RM8 juta dalam masa empat hari ditayangkan, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa kini bakal ‘terbang’ ke Jepun, Korea & Taiwan.

Filem aksi ketenteraan paling trending kini, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa terus melakar kejayaan tersendiri apabila jumlah kutipan tiket terus meningkat kepada RM8 juta setakat empat hari ditayangkan.

Tidak hanya itu, malah Air Force The Movie: Selagi Bernyawa juga turut mencipta sejarah baharu apabila filem tersebut bakal ‘terbang’ ke Jepun, Korea dan Taiwan untuk ditayangkan secara rasmi di layar perak di sana.

Berita gembira untuk pencinta seni dan filem tanah air itu dimuat naik sendiri oleh pihak penerbitan menerusi satu perkongsian di laman Instagram dalam satu perkongsian sebentar tadi.

Airforce The Movie akan terbang ke Korea, Jepun & Taiwan! Kutipan 4 hari pun dah cecah 8 juta! Terima kasih atas sokongan anda semua!,” tulis airforcethemovie_official.

Tidak hairanlah filem yang bertemakan ketenteraan dengan penuh aksi itu mendapat tempat di hati rakyat di negara ini, khususnya pencinta dunia ketenteraan yang sentiasa ‘dahagakan’ aksi-aksi tempur di layar perak.

Tambahan pula, hasil karya seni tempatan itu semakin mendapat nama di persada dunia apabila ia hampir menyamai rekod dicipta filem sejarah Melayu yang ‘meletop’ baru-baru ini, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Keratan Laporan Siakap Keli

Memetik laporan Siakap Keli pada semalam, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berjaya meraih hasil kutipan sebanyak RM6 juta selepas tiga hari ditayangkan.

Kutipan pantas filem ini hampir menyamai rekod kutipan filem aksi inspirasi sejarah, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang berjaya meraih sebanyak RM7 juta sepantas tiga hari ditayangkan.

Justeru, bagi sesiapa yang belum berkesempatan menonton filem ini di pawagam dan ingin mengetahui serba sedikit tentangnya, pastikan anda menonton dahulu trailer yang semestinya membuatkan jiwa anda ‘gelisah’ seperti di bawah.

Sehubungan itu, jangan terlepas menyaksikan filem aksi ketenteraan hasil karya pengarah Zulkarnain Azhar dan Frank See di pawagam terdekat sekarang.

BACA JUGA: Kutip RM6 Juta Selama Tiga Hari, ‘Air Force The Movie’ Hampir Menyamai Rekod ‘Mat Kilau’

Sumber: Instagram airforcethemovie_official