nainggolan ditahan dadah
Gambar: AFP

Radja Nainggolan Ditahan, Disiasat Kes Penyeludupan Dadah

Athirah

Radja Nainggolan Ditahan, Disiasat Kes Penyeludupan Dadah

Bekas pemain kebangsaan Belgium, Radja Nainggolan dilapor telah ditahan pihak berkuasa sebagai sebahagian daripada siasatan kes sindiket penyeludupan dadah.

Menurut BBC, pemain berusia 36 tahun itu sebahagian daripada mereka yang ditahan oleh Polis Belgium menerusi beberapa serbuan yang dijalankan pada Isnin lepas.

“Siasatan tertumpu kepada sindiket penyeludupan kokain dari Afrika Selatan ke Eropah menerusi pelabuhan di Antwerp serta pengedaran di seluruh Belgium,” kata pendakwaraya menerusi kenyataan.

Bagaimanapun, tiada maklumat terperinci didedahkan kepada umum setakat ini.

Nainggolan ditahan, disiasat berhubung kes penyeludupan dadah ke Eropah

Menurut BBC lagi, Nainggolan ditahan hanya enam hari selepas beliau membuat keputusan keluar daripada persaraan untuk beraksi bersama Lokeren, kelab Divisyen 2 Liga Belgium.

Malah, beliau turut menjaringkan gol dalam debutnya ketika menentang K. Lierse, untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Dilahirkan di Antwerp, Nainggolan menghabiskan sebahagian besar karier bola sepaknya dengan beraksi di Serie A, bersama AS Roma dan juga Inter Milan.

Sebahagian daripada generasi emas Belgium

Beliau juga merupakan sebahagian daripada generasi emas Belgium dan beraksi bersama pasukan kebangsaan dari 2009 hingga 2018.

Bermain sebagai pemain tengah, beliau membuat penampilan sebanyak 30 kali bersama Red Devils.

BACA: Dah Lama Wujud, Rupanya Ini Kesilapan Terbesar Mungkin Ramai Buat Bila Main Game Ular

BACA: Pemilik Rumah Tak Mahu Pindah, Kini Kesal Selepas Lebuh Raya Hampir Siap

Sumber: BBC