
QSR Brands terus memainkan peranan bermakna dalam mencetuskan detik-detik nasional yang penting, menghimpunkan rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat, bersatu menerusi perkongsian cerita, kesenian tempatan dan rasa bangga menjadi sebahagian daripada sesuatu yang bercirikan nilai setempat, sambil meraikan semangat kemasyarakatan.
Sebagai pengendali makanan terkemuka KFC, Pizza Hut dan Life, pada Merdeka kali ini, QSR Brands menjulang semangat perpaduan dan kebersamaan dengan cara tersendiri menerusi sambutan yang bukan sekadar menyajikan makanan tetapi turut meliputi aspek budaya, kreativiti dan komuniti.
Kemuncaknya, KFC Malaysia menyediakan ruang dindingnya untuk diberikan sentuhan tempatan, dan kanvas buat artis tempatan. Apa yang bermula sebagai sambutan detik Malaysia kini bertukar menjadi medan mural yang berwarna-warni, dengan 14 mural unik yang dilukis di cawangan KFC terpilih di seluruh negara pada tahun ini.

Setiap karya KFC Cara Kita menceritakan kisah unik dan menghidupkan semangat makan bersama, perayaan dan kebersamaan.
Inisiatif yang menjadi sebahagian daripada Kempen Merdeka 2025 QSR Brands itu diumumkan di cawangan KFC Pandu Lalu Shah Alam Seksyen 2 hari ini. Pada acara tersebut, turut diadakan lawatan ke galeri mural, perbincangan panel bersama-sama Ketua Pegawai Pemasaran KFC dan para pelukis, serta makan tengah hari bersama media. Mural berkenaan merupakan hasil kerjasama dengan 11 pelukis berbakat Malaysia yang mengubah ruang kedai KFC dengan lukisan semangat rakyat Malaysia yang begitu bermakna.
“Bagi KFC, mural ini lebih daripada sekadar lukisan. Ia merupakan cerita yang mengetengahkan kebanggaan rakyat Malaysia ke ruang kedai kami. Karya seni yang berwarna-warni ini menjadi bukti detik-detik bermakna rakyat Malaysia bersama kami selama ini,” kata Hanim Mazam, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.

“KFC Cara Kita adalah refleksi sebenar kreativiti dan kerjasama dengan pelukis tempatan kita yang berbakat, pasukan kami dan rakan agensi,” tambah beliau.
Apa yang membuatkan inisiatif ini lebih berimpak adalah kepelbagaian latar belakang pelukis yang menunjangi usaha ini. Dipilih kerana gaya unik dan asal-usul setempat, 11 pelukis tersebut termasuk Katun, Nas Suha, Bingka KL dan Haw, menonjolkan gandingan seni jalanan, ilustrasi budaya dan penceritaan moden.
Selain daripada 14 cawangan ini, rakyat Malaysia juga boleh memiliki karya seni berkenaan. Rekaan Bingka yang ditampilkan pada KFC Cara Kita Touch ‘n Go Charm edisi terhad, boleh didapati secara eksklusif di Aplikasi KFC di cawangan terpilih.
Meraikan Semangat Merdeka Cara Kita
Dari Pulau Pinang ke Sabah, setiap mural ini berkisar kepada satu tema: KFC Cara Kita – cara unik rakyat Malaysia menikmati KFC. Biarpun rekaannya berbeza mengikut negeri, setiap karya seni tersebut menceritakan kisah keluarga, budaya, tradisi atau harapan yang dilihat menerusi lensa pelukis dan kebanggaan masyarakat setempat.
Sebahagiannya menggambarkan hidangan penuh nostalgia, yang lain pula meraikan adat resam, budaya jalanan dan ritual makanan, yang bersulamkan dialek dan mercu tanda setempat. Bersama-sama mereka menonjolkan kehidupan rakyat Malaysia yang sebenar – daripada kesibukan di warung, jalan-jalan di kampung dan hidangan daripada pelbagai generasi yang menyatukan kita menerusi makanan.

Pilihan seni mural itu dilakukan secara berhemah. “Karya seni awam berskala besar berupaya mengetengahkan kisah rakyat kepada khalayak umum. Ia menjadi ruang di mana orang ramai boleh merasai sesuatu yang lazim dengan mereka dan penuh makna,” kata salah seorang pelukis berkenaan ketika sesi perbincangan hari ini.
Bilangan cawangan itu sendiri bukanlah satu kebetulan. Ia mewakili 14 negeri di Malaysia, serta 14 jalur dan bucu pada Jalur Gemilang, sekali gus mengukuhkan lagi penghormatan kempen tersebut kepada Malaysia.
“Apabila anda memasuki sesebuah cawangan dengan lukisan mural Merdeka ini, anda melangkah ke dalam sebuah kisah Malaysia yang menjadi kebanggaan kita,” tambah seorang lagi pelukis.
Menghormati Patriotisme
Kempen Merdeka QSR Brands bukan sekadar lukisan mural. Pada Julai lalu, KFC Malaysia mengadakan bengkel mural bersama penuntut universiti dengan menyediakan kaedah kreatif kepada anak muda Malaysia untuk menzahirkan semangat patriotisme mereka. Ia juga satu penekanan bahawa Merdeka turut berkisar mengenai usaha membentuk masa hadapan.
“Merdeka mengingatkan kita tentang nilai teras yang menentukan identiti nasional kita: perpaduan, daya ketahanan dan kemajuan,” ujar Ketua Pegawai Komunikasi Korporat, QSR Brands (M) Holdings Bhd, Anis Yusof.
“Sebagai jenama yang dekat di hati rakyat Malaysia, QSR Brands kekal komited menyatukan masyarakat melalui makanan, komuniti dan pengalaman bersama untuk memperkukuh semangat kebersamaan serta pembinaan negara bangsa. Peranan kami bukan sekadar menyediakan hidangan makanan. Kami berusaha untuk mencipta hubungan yang bermakna dalam komuniti dan menyumbang secara positif kepada masa depan Malaysia yang lebih mampan,” tambahnya.
Semangat Merdeka QSR Brands juga menembusi sehingga ke bilik darjah menerusi program QSR Prihatin yang dilaksanakannya. Sebagai penerima program Sehati Feed to Educate QSR Brands, 500 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Takir di Terengganu akan menikmati hidangan KFC dan Pizza Hut, menerima barangan peralatan sekolah dan mengambil bahagian dalam aktiviti Merdeka yang menyeronokkan. Sambutan itu diperluas ke Malaysia Timur dengan SK Tabuan Ulu di Kuching, Sarawak, turut menyertai kempen tersebut, sekali gus membawakan semangat perpaduan dan patriotisme kepada masyarakat di seluruh negara.

Di peringkat dalaman, kakitangan QSR Brands turut mengambil bahagian dalam peraduan “Surat Cinta Untuk Malaysia”, iaitu surat daripada kakitangan yang berkongsi pesanan peribadi untuk memupuk hubungan dan kebanggaan negara di tempat kerja.
Di peringkat nasional, QSR Brands merupakan rakan strategik Kementerian Komunikasi dengan sumbangan barangan bernilai RM2.8 juta sebagai sokongan kepada sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 negara dan Hari Malaysia 2025. Penajaan tersebut adalah untuk inisiatif anjuran Kementerian sempena hari kebangsaan.
Sebagai sebahagian daripada sambutan berkenaan, KFC Malaysia turut menawarkan 2 Hidangan Kegemaran Rakyat Malaysia bernilai RM6.80 buat kali pertama seperti Cheezy Wedges dan Coleslaw Combo, Garlic Aioli Fries dan Whipped Potato, Loaded Cheezy Fries dan Wedges, sebagai simbolik kepada ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-68.
Usaha ini adalah sebahagian daripada peranan KFC dalam kehidupan rakyat Malaysia selama ini. Sebagai jenama tempatan sejak 1973, KFC telah menjadi sebahagian daripada detik dan kenangan setiap hari negara ini. Ia sudah menjadi sebahagian daripada fabrik sosial negara, tempat di mana orang ramai berkumpul, meraikan detik isitimewa dan berhubung. Kini, ia terus menyokong perkembangan negara melalui pendidikan dan penjagaan, sekali gus mencerminkan nilai keterangkuman dan mengutamakan masyarakat.

Ini bukanlah kali pertama KFC memberi sokongan kepada pelukis tempatan. Pada tahun 2020, jenama ini bekerjasama dengan pelukis Kenji Chai menerusi mural pertama KFC Cara Kita di tiga cawangan di Lembah Klang, meraikannya dengan visual gaya jalanan.
Pada 2021, tiga pelukis tempatan menghasilkan rekaan Bucket Semangat Rakyat edisi terhad dan di ruang digital pula, tiga artis NFT tempatan menghasilkan rekaan 11 Original NFT momen pada 2022.
Sama ada anda mengunjungi cawangan Shah Alam atau mana-mana 13 cawangan mural yang lain, atau sekadar melewatinya, terdapat cerita, terdapat kenangan di sebaliknya. Dan ia merupakan peringatan bahawa Malaysia adalah paling teguh apabila ia melihat, meraikan dan menyokong rakyatnya – dengan cara kita.