Kes seorang lelaki yang menyaman tunangnya setelah dia kerugian sebanyak RM30,000 apabila wanita itu memutuskan hubungan mereka, pernah menggemparkan ramai suatu ketika dahulu.
Bakal pengantin perempuan dikatakan memutuskan pertunangan secara rasmi pada 31 Disember 2016, 21 hari sebelum tarikh pernikahan mereka. Semua persiapan sudah disediakan tetapi akhirnya hubungan tersebut kecundang di tengah jalan.



Setelah 3 tahun kes tersebut berjalan di mahkamah, akhirnya semalam lelaki yang dikenali sebagai Ezrin itu mengumumkan bahawa kemenangan telah pun berpihak kepadanya.
Ezrin ketika dihubungi berkata, mahkamah menetapkan tuntuan jumlah sebenar yang perlu dibayar oleh pihak perempuan adalah sebanyak RM32,000. Kos tersebut merangkumi daripada majlis tunang, dewan kahwin, baju pengantin, kad jemputan, cenderamata kepada tetamu dan majlis kenduri.

Namun, mahkamah membenarkan pihak defendan untuk membuat ansuran yang perlu dibayar sebelum Disember 2020 mengikut kepada undang-undang syariah.



Netizen memberikan pelbagai reaksi dengan rata-ratanya mengucapkan tahniah dan menyokong usaha pemuda itu bagi membela dirinya mengikut kaedah undang-undang yang betul.
Malah, ujar mereka, kes ini perlu dijadikan contoh kepada pasangan lain supaya tidak melakukan kesilapan yang sama.





Kesimpulannya, jadikan kes ini sebagai satu pengajaran kerana soal perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dibuat main. Bukan sahaja hati terpaksa menanggung sakit, tetapi duit, masa dan tenaga juga sudah dilaburkan. Akhir kata, lelaki menang. – Ezrin
Sumber : @ezrinmn