putrajaya lampu isyarat AI
Kredit: Bernama
Tiada Kategori

Putrajaya Dalam Fasa Untuk Beralih Ke Sistem Lampu Isyarat AI

Sofea

Putrajaya Dalam Fasa Untuk Beralih Ke Sistem Lampu Isyarat AI

Perbadanan Putrajaya memaklumkan bahawa pihaknya sedang melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem pengurusan trafik di wilayah itu kepada teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Teknologi AI digunakan untuk memberikan aliran trafik yang lebih lancar.

Terdapat tiga fasa yang berlaku ketika pelaksanaan kerja-kerja tersebut.

Menurut Perbadanan Putrajaya, Fasa Pertama yang melibatkan Pengujian Kebolehsanaan Teknologi (POC) telah berjaya dilaksanakan di Lebuh Wawasan, Persiaran Timur, Jalan Presint 14 dan Persiaran Perdana.

BACA JUGA: Tular PM Jepun & Presiden Korea Selatan Main Dram Lepas Mesyuarat

Status projek itu kini berada di Fasa Kedua iaitu fasa peralihan yang melibatkan penggantian peralatan di persimpangan.

“Harap maklum bahawa sistem akan mengambil sedikit masa untuk proses integrasi koordinasi laluan hijau (green wave). Kami memohon kesabaran anda sepanjang tempoh ini,” katanya.

Fasa Ketiga pula melibatkan proses naik taraf Ai iaitu sebanyak 140 persimpangan lampu isyarat di Putrajaya akan dinaik taraf kepada Sistem Lampu Isyarat Pintar AI Baharu untuk pengurusan trafik yang lebih efisien.

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi lampu isyarat sepanjang masa.

Ciri-ciri sistem lampu isyarat AI

Menurut perbadanan, lampu isyarat akan dilengkapi kamera VA (Analisis Video) bagi mengesan jenis dan jumlah kenderaan. Selain itu, ia juga dapat mengukur panjang barisan menunggu dengan tepat.

Koordinasi Green Wave juga akan digunakan untuk menghubungkan persimpangan berdekatan dan mewujudkan aliran trafik tanpa henti.

Sistem lampu isyarat itu juga beradaptasi dengan masa nyata dan prediktif dengan melaraskan masa hijau berdasarkan trafik semasa dan meraml corak trafik optimasi.

Sumber: Perbadanan Putrajaya