Puting Beliung: Jenis, Tahap, Ciri Dan Cara Menghadapinya
Sejak kebelakangan ini, sering terjadinya puting beliung dan ribut terutamanya di beberapa kawasan di Malaysia. Ia susulan Fasa Peralihan Monsun, bermula pada 30 September ini dan berterusan sehingga November 2025.
Dalam beberapa video tular di media sosial memaparkan detik-detik berlakunya puting beliung dan terbaru di Kampung Sijangkang, Telok Panglima Perang, Selangor.
Umum mengetahui, puting beliung ini boleh mendatangkan kerosakan termasuk mengancam nyawa orang ramai.
Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsi kepada anda mengenai jenis, tahap dan tindakan yang perlu diambil sewaktu dilanda musibah puting beliung menerusi perkongsian Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Facebook.
Jenis Dan Tahap Puting Beliung
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), puting beliung yang berlaku di Malaysia adalah bersifat setempat, bersaiz kecil, berlaku dalam tempoh yang singkat dan tidak menunjukkan perkembangan ketara semasa pemantauan.
Keadaan ini menebabkan kesukaran untuk mengesan kehadiran dan meramal pembentukannya.
Gambar: Malaysian Meteorological DepartmentTerdapat 3 jenis puting beliung:
1. Puting Beliung Supercell
2. Belalai Darat
3. Belalai Air
Sifat & Ciri Puting Beliung
Bagi mengenal pasti puting beliung, kita dapat melihat pusaran angin yang sangat kencang disertai pembentukan corong angin yang menghubungkan daratan dan awan. Selain itu, kebiasaannya kelajuan pusaran angin puting beliung melebihi 80 km/j dan boleh mencecah sehingga 300 km/j.
Lazimnya, puting beliung tidak mempunyai tempoh hayat yang lama iaitu hanya boleh bertahan beberapa saat hingga beberapa minit sahaja. Ia boleh terjadi di mana-mana kawasan tapi sering terjadi di kawasan yang lapang, rata dan lembap.
Puting beliung terbentuk daripada gabungan pembentukan awan ribut petir, ricih angin dan daya angkatan berkeamatan tinggi di kawasan yang berpotensi pembentukannya.
Gambar: Malaysian Meteorological DepartmentLangkah Menghadapi Puting Beliung
Jauhkan diri dari kawasan kejadian dan berlindung dan bangunan yang berstruktur kukuh.
Jika berada di dalam rumah pastikan duduk di tingkat bawah dan cari tempat yang paling kukuh untuk berlindung.
Jauhkan diri daripada kawasan bercermin seperti tingkap kaca
Sumber: Malaysian Meteorological Department
BACA: redBus Raikan Perjalanan Pulang Sempena Deepavali Dengan Kisah Penuh Makna
BACA: Individu Buat Aduan Tandas Kotor Dapat Ganjaran RM50