mateen anisha bersanding
Gambar: AFP

Putera Mateen, Dayang Anisha Bersanding Hari Ini

Nurhanis

Putera Mateen, Dayang Anisha Bersanding Hari Ini

Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama isterinya Dayang Anisha Rosnah Adam berlangsung hari ini di Istana Nurul Iman.

Laporan SCMP mengatakan majlis yang dijadualkan bermula sekitar 10 pagi itu memaparkan Putera Mateen, 32, dan isterinya yang berusia 29 tahun memakai persalinan putih sedondon.

Kedua-dua mempelai pengantin diraja itu dibawa menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim antara salah seorang pemimpin politik yang menghadiri majlis tersebut termasuk kerabat diraja Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sementara itu, royalti dari Jordan, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Bhutan disenaraikan antara 5,000 tetamu yang dilaporkan hadir majlis istiadat itu.

Majlis istiadat yang dilakukan pada hari ini adalah acara kemuncak 10 hari kemegahan di negara kecil itu.

Upacara itu penuh dengan tradisi yang diambil dari sejarah berabad-abad Brunei sebagai sebuah negara beraja Islam.

Pasangan itu berdiri di belakang kereta Rolls-Royce yang mempunyai bumbung terbuka sambil melambai-lambai kepada orang ramai ketika mereka mengelilingi ibu kota, di mana imej mereka telah dipaparkan di gerbang jalan dan fasad bangunan selama beberapa hari.

Difahamkan juga, kelihatan ramai rakyat berbaris di jalanan di bawah terik cahaya matahari untuk melihat pasangan mempelai itu.

Sumber: AFP via SCMP

BACA: Putera Mateen Sah Jadi Suami Dayang Anisha